Monday, May 16, 2011
aku ni guru!
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
sejak kecik2, aku tak pernah minat jadi cikgu. kalau mak tanya, hang esok besaq nak gheja apa?cikgu no?laju je aku jawab-ishk..xmaula, cikgu xglamorla ddan mcm2 alasan lg aku ckp.nak jd cita, habeh je mengaji kat ukm, interview tak sangkut2, nak sbg master, ayah kata toksahla..ayah xdak duit,hang kerja dulu,sok2 hang sambung.dia dengaq ja aku dpt inetrview mn2, mesti masam ja,tak bg la tu..ayah aku ni memang konservatif,anak dia kalau bleh sema kena keja kerajaan, tp aku xsalahkan dia..dia pun keja gomen, polis hutan @ bhs dia-mata-mata.
satu hr dia tgk ada iklan kpli kat paper, dia suh aku amik.aku ni pernah mtk ms ukm,tp masa tu xhabes lg, so xdpt..tp x ni,aku dengaq ja la ckp ayah, nak p mana@ event sedara mara pun malas nak jawab soalan..hang tak kerja lg ka?so,kawan baik aku..ala tlg amik borang kat kami ber5 geng2 cherok tokkun ms tu..tak silap aku maryani,aku,ala, nurit n rohai kot..ishk..btoika?rsnya nurit takhabes lg ms tu..okla,hantam la..yg dpt interview nya aku n ala. n both of us dapat!aku dpt IPDA,JITRA n Ala dapat MPSAH, Sg Petani(la ni IPSAH)
pejam-celik sat ja 10 bln training, posting yg best pasal kami ppps kpli yg pertama ke sek rendah..aku mula2 memang xsuka sek rendah pasai aku ni xpenyabaq sangat..tp lama2 ok ja, xla stress gila. aku dpt KL..jauh tu!ala dpt PEnang!TAk ACi.batch aku ms tu byk dpt kl,selangor n Jhr.seb baik xlepas ke sarawak/sabah. aku dok melawak ngan ayah terchenta, best pa yah dpt sabah/sarawak...duit elaun ja 1500(masa tu).3bulan xtengok gj, beranakla gj dlm akaun..hahaha, seb baik xdapat sabah/sarawak/kalau x mesti habeh gak gj mcm kwn aku shida(scha) pasal tetiap x cuti naik belon balik semenanjung.
first posting, SK SEGAMBUT,KL. walaupun KL,aku rasa mcm bukan kat KL pasai budak dia..mostly indonesian..situ ada setinggan besaq punya..tp bestnya semua dekat!rugi ms tu aku xpandai shoping..sogo,midvaley, bangsar..seme dekat!mengajar budak2 ni expectation xtinggi,parents ada yg educated,tp yg org indon memang sanjung tinggi cikgu. ada satu budak tu,nama dia zaid..aku ingat sampai skrg,dah tingkatan 2@3kot.ujung taun first year aku ngaja tu,dia dapat no 1,mak dia dtg jumpa aku mcm nak sembah aku!pdhal,aku xbuat apa..anak dia yang rajin.aku doakan dia berjaya,walau dimana dia berada.selepas anak 3, kawen,ada can bli umah seniri,alhamdulillah walaupun kawan2 aku kt tempat jin bertendang(hehe,depa jeles aku bli umah murah),aku mtk tukar selangor. dapat n dapat SK TAMAN MELAWATI 2.GILA!dr umah aku,naik kancil 660cc taun 1996 aku tu,dekat 2jam br sampai..tu pi ..takera blk lg..MRR2 time ptg gerenti jemmm baekkk punya..mau lepas isya' br smpi(sbb aku sek ptg).jd aku mtk tlg kat peg di PPD tlgla bg sek dekat sket.alhamdulillah,lg seminggu nak bukak sek,aku dpt SK Bandar Baru Selayang 2, dekat stadium selayang. sek baru,budak seket je,dlm 500lbh..budak2 thap average ke atasla..kawasan tu semua middle kelas..habeh koman ada la pekerja2 MPS.setakat ni aku xjumpa lg anak indon.
bila ngajo sek ni,banyak aku blaja..kat segambut dulu blaja kontrol kelas,memgaja.kat sini,lebeh lg..expectation dr pentadbir n parents sangat tinggi.memang agak stress bg cikgu pemalaih mcm aku ni..tp lama-lama,alah bisa tegal biasa..memang sayang natinggai mana2 sek,tp lth berulang alik hari2.kalau traffic ok,40minit sampai. kalau xok,setakat ni aku pernah amek ms 2 jam smpi sek. ada jugak mintak tukar,tp lom berjaya.
Bila aku bc dlm kosmo td(16/5) pasal cikgu SK Dabong tu, pehh...tak tersanggup aku..memang kagum bila..naik ketapi 3 jam pegi,3 jam blk..kol 4 pg danaik tren..memang tadak kehidupan cikgu tu..tp aku rs penyejuk ati dia,anak2 kg ni biasanya sangat menghormati guru.jrg melawan dan sabtu/jumaat nya tak diganggu.
aku tau kawan2 hat tak keja cikgu memang cemuih dengaq cikgu merungut dlm paperla atau apa2 media.aku bukan bela n bukan nak bangkang. kami cikgu,ada 300,000 dlm perkhidmatan awam.jd kami suara yg besaq.kalau dah ghamai,memangla mcm2 takena.aku cuma nak ckp satu ja.
banding keja cikgu ngan keja opis(kerajaan)
cikgu masuk sek kul 7.20, blk plg awai 2.30..hat ada latihan..kui 5 mai plak
org opis masuk kul 8,smpi 5.blk trusla..xmai dah
cikgu,kalau 41/29, nanaik 44/32 kena tunggu 10 taun
kalu keja opis, yg PTD la plg best 3taun ja 44, pstu 48,52..jusa and so on..(ramai tau cikgu yg pencen gj langgaq tiang)
yg aku xphm,pasaipa claim, cikgu claim satu tempat duduk teksi, pegawai leh claim keta?
tahla..pikiaqla seniri..bg aku bab gj ok lg, bab cuti tu xtahan
hampa kata cikgu cuti banyak,tau dak cikgu cuti paksa(cuti sek pun kdg kelasla,mtgla, bt kejala,failla,datala),kalau nak rehat ka xllarat ka,kena amik mc, opis leh gak amik cuti..pastu cuti leh dipanggel plak tu..ada kwn aku MC,pun kena mai mtg sek..tataula..
apa pun aku bersyukur,aku jd cikgu.ada keja, ada gj nak bg anak2 aku mkn.dan aku xperlu pk brp byk sale aku nakena achieve bulan ni,25hb ja,p cucuk atm,amik duit.26hb,aku hau..dok diam2 kat umah..hehe
dan tak semua cikgu makan gj buta,tak percaya mai la sekolah aku, cikgu buncit2 taklarat berjalan dua -tiga bulan nak bersalen melompat2 latih bola jaring., melompat-lompat ajaq anak menyanyi,memanjat2 meja buka suiz lcd(remote rosak) n menunggingnungging repair pc.kami xminta OT.kami xminta org bg hadiah berbakul2 di hari guru. cukupla..TERIMA KASIH cikgu(walaupun kami dibayar utk mengajar) n xsalahkan kita cakap terima kaseh pada abg misai jaga trafek walaupun memang keja dia n ucap tq pada cashier walaupun memang keja dia:)?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment