Saturday, February 23, 2013

Cycle 2 updated

Sekejap je dah cycle 2.19 feb aritu aku kimo lg.proses kimonye kejap je.natunggu result drhnya separuh hari!alhamdulillah bloodcount ngam2,ada aunty tu siap kena blk lg.aku plak siap naik 3kg!so kali ni kena jg pantang.suplement aku hold smpi aku xlalu mkn nantbr nak amik.bab jg pantang ni berchenta sgt.pg td ada sukaneka.k ina jamu nasi arab.tatahangodaan aku mkn sket.sdpnya nikmat nasi arab kambing!pastu blk umah plak bt bihun sup tulang.adoi. sedapnya! Jihad aida jihad
Kali ni kimo aku br muntah sekai.loya kurang.tp asek kembong perut smpi xboleh tido.pttla dr aina kata kesan kimo xsemestinya sama.yg konfirm,rambut memang dH boleh bilang dgn jari.org kata kimo 3 br botak.aku satu kimo dah langsai!agaknya kuat ubat aku ni.ngeri plak ingat ubatcycle4 nant.cycle 4 tu dr aina ckp ubat super kuat.allah,berikanlah aku kekuatan menghadapi semua ini.
Day 6
Smlm ramai datang kerumah sampai jiran-jiran hairan apa terjadi.dekat 10 kereta.masak lebih kurang je,minta maaf jika tak terlayan.Aishah yg bkl melanjutkan study ke korea pun dtg.Maksu doakan yang terbaik buat Aishah panjang umur kita jumpa lagi
.harini hantar mak blk kg naik ketapi.hopefully tak delay.sempat jejak kaki ke ikea.mkckk aton  telepon aifa muntahmuntah jd terus bLik tgk dia.alhamdulillah dah ok.ptg pulak suaami cukur kepalaku botak.lapang kepala tapi emosi rasa sangat berat.di usia 34tahun botak macam baby.
ya allah,bantulah aku
Day 8
Arini ada apoinment ngan mr salah, my dedicated surgeon.sbnrnya maleh nak dtg,rasa sehatla konon,tapi mengingati masa last appoinment, wound aku masih belum heal sepenuhnya,so I assume he want to see whether my wound had heal completely.
So jumpa dia,check zurgical wound yang sepanjang garisan khatulistiwaa tu dan juga chemo port.ada trainee dokfor dua org pun join.ms di wad,dr trainee cakap suka masuk tgk patient mr salah.budak2 tu siap copy rajahrajah yg mr salah lukis utk explain procedure n condition sakit aku.he is very good at explanation and a very good teacher.nurse pun cakap he rarely takes leave and always the first one to arrive at the clinic.moga allah memberikan keberkatan keatas hidupnya.ameen.
Ok,back to my checkup,since aku slalu skt blkg, mr salah suggest aku bt chest xray.mcm macam aku cerita,dia sengeh ja.hehe paranoid sungguh patient dia sorang ni.aku tanya part mana yg akan pergi dulu selain my other breast,he said it could be spine,clavicel bone n organs nearest to breast eg lung,liver.so nxt two weeks tgk result xray.hopefully xde pape,insha allah (last two months ct scan shows normal)

Saturday, February 2, 2013

Cycle 1

29 Januari 2013u
Huhu, hari yang ditunggu-tunggu sekian lama telah tiba.Pagi-pagi sebelum jam 8 dah terpacak di depan kaunter pendaftaran masuk wad Hospital Selayang. Theva dengan setia menanti aku didepan kaunter, di tangannya dah ada wristband ; 'cenderamata' dari Hospital Selayang untuk menyambut kedatangan masuk ke wad 4C (surgical dan paliatif-paliatif ni merefer kepada penjagaan harian,esp org2 tua,nak tgk org2 tua yg anak2  xmau/xsanggup jg dirumah,di wad inilah). Kami masuk ke wad dan duduk di bilik yg sama,katil shj berbeza (off coursela!,apala aku ni).Rupanya kami disertai oleh seorang lagi 'rakan', Winnie dari sunway yang juga akan menjalani chemotheraphy pertamanya harini. Jadi  1malaysialah harini. Aku; aida, melayu,mastectomy 1/12/12,umur 34. Winnie, cina, mastectomy 12/12/12, umur 36 dan Theva , india, mastec 19/12/12, umur 31.Both of them under Dr Viktor Yap's supervision while oncologist ku ialah dr Fazlina.Aku dan Theva s pecial sket sbb kami memakai 'chemo port', so hanya yang 'trained' shj pandai menggunakannya untuk mengambil darah dan yg bestnya,dah xpayah cucuk2 tgn.tp yg xbestnya tula,tak semua nurse dan doktor yang pandai guna.so,kami difix dengan jarum siap2 di wad dan dalam pukul 12tengah hari,baru turun ke daycare ditingkat 2( sebelah emergency department) untuk menjalani chemo.
masuk-masuk je Daycare tu aku dah perasan semua muka dalam tu(muka patient) mmg muka org sakit, mata sembab,pipi sembab, kulit mcm kena tan je(walaupun cina) dan yg plg best, hampir semuanya BOTAK!yang bertudung takla perasan kan, tp aku taula dlm tudung tu,xde pun rambut. kebanyakannya in 50's dan oleh kerana di Hospital selayang hanya mengendalikan kemotheraphy utk kes kanser payudara dan usus, jadi aku mengandaikan ramai disitu pesakit kanser sepertiku.Seriously i dont see any guy, xtaula xkan xde kot pesakit lelaki?tp mungkin diorang dtg hari lain kot.
So, mula-mula kami dipasang drip air, diberi ubat muntah melalui drip,winnie dicucuk terlebih dahulu,kemudian theva dan akhir sekali aku. Aku mula diberi ubat dalam pukul 3 dan hanya berakhir pada pukul5. aku dah baca nama ubat tu,tapi tak ingat. yang ingat set ubat tu nama FEC75mg, ada 4 tiub, 2 tiub ubat yang sama dan 2 lagi ubat berlainan. theva dan winnie hanya dicucuk 3tiub,tp mmdgkan berat bdn aku dkt 2 ganda mereka,so aku mengandaikan ubat aku 2x ganda sbb saiz bdn(agaknyela kan...kalau x,nape diorang 50mg je sdgkan aku 75mg, thats the most logical reason)menyebabkan aku lgla nervous pk mesti kesan ubat tu dengan aku lgla super duper banding diorang. Kalau korang pernah tgk cerita 50/50, macam tulah aku kena kimo, ubat dan air masuk sekali,habis air,tambah air smpila ubat tu abis,kenapa tambah air,supaya badan x 'terkejut' degn ubat yg dimasukkan tu. Tak terkejut-tak terkejut pun,by the time ubat abis,aku dah rasa idung aku mcm ilang, airmata mengalir laju walaupun aku xmenangis sama sekali. Thats the first reaction. Selepas kimo selesai,sempat lg lari ke cafe dgn theva kerana terlalu lapar,beli nasi grg. abis je mkn nasi grg,suami ku sampai. melihat keadaanku boleh'melantak' sepinggan nasi goreng, suamiku tersengeh dan pulang kerumah dengan senang hati
malam tu, kesan-kesannya mula terasa,sapa talipon pun aku xlayan, sakit kpl mcm nak pecah, tp mujur aku xmuntah.winnie dan theva dah pakat macam nak tido di bilik air,berselang seli muntah. aku cuma rs skt kpl je. Aku xpelik psl aku mengandung pun jrg alah.yg paling obvious ialah mulutku yang pecah-pecah,memang boleh berdarah-darah
day 2
pagi-pagi bangun pergi bilik air, chemo patient are advised to drink as much as u can, so apa lgkan,kalau dah minum mestilah pergi bilik air.itu jelah yang aku buat pada hari kedua. suami datang ambil pukul12.pukul 2 aku siap anta muna g sek agama,kul6 amik dia blk sek agama,naik keretala off course psl tkt sedut byk pasir kalau jln kaki.
day 3
harini rasa lain mcm.mlm tadi pun dah xleh tido,perut memulas-mulas macam rasa nak bersalin,mmg aku xbuat apa harini.bgn pukul10, tq kpd mak n aton yg tlg urus umahtangga,jg anak dan masak-masak,kalau diorang takde,aku pun xtau nak wat cemana.makan je muntah.mak memasak dr jauh aku dah tanya,apa yg busuk sgt ni mak...mak paksa juga aku mkn bubur walaupun aku xselera.masa ni doktor mmg pesan,eat whatever u like,as long as u eat,jgn PANTANG!...oh ya, arini bulu kening aku yang lebat macam Stalin dah mula gugur..huhu, aku dah mula kena terima kenyataan ini
day 4
alhamdulillah skt perut dahilang,harini aku dah boleh masak spaghetti bolognese versi aku, makan boleh,tp xrasa apa.tula nikmatAllah dah tarik satu.jdla,asal kenyang.mak pun dah balik kg arini,jd aku kena kuatkan semangat juga. macam smlm,selera mat saleh,nasi xmo.laki aku pun mkn lauk smlm je, tumis2 sapa nak buat.makcik aton seboleh mungkin aku xbg dia msk,kesian dia semua dia nak buat
day 5
adik demam plak. bahaya kalau ada family members yang demam sebab aku skrg mcm tadak shield,my immune system is at my lowest level esp day 7 to day 10.pagi-pagi kuatkan semangat bawak adik p klinik di rawang.klinik di BBS walaupun depan mata,tp takde satu pun yg buka pukul8!kemudian hantar abg di komuter taman wahyu utk dia ke subang jaya(nasib baik dia tak suruh htr ke subang!) dan shoping barang rumah di BBS. sempat juga aku ke Wau bulan membeli lauk lunch dan nasi kerabu yang menjadi idaman( kemo ni mcm org ngandung, mengidam seme,haha),kfc utk org demam dan blk rumah. makan nasi kerabu dengan harapan menggunung tinggi,tp mcm aku ckp td.semua rasa xsedap.tp kerana lapar,kena mkn juga!hopefully aku ok utk p pesta buku di pwtc.oh germs,jauhkan anda dari diri ku.
day 6
huhu, semalam xjadi g pwtc(pesta buku)..oh ada hati tu, sepatutnya cancer patient yg melalui chemo kena jauhkan diri dr kwsn tumpuan awam, tp aku ni memang degil. tp alhamdulillah k ana satu family dari kajang datang semalam,jadi kami xjadi ke pesta buku.hanya berpesta pizza dirumah.huhu, aku sbnrnya dah mula rasa takut , takut apa?takut gemuk!semua org asek suruh makannnnnnnnnnnnn ja.da siap makan,suruh tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ja.samala ngan suami aku.org chemo makin kurus,nanti aku pulak terbalik!adoi, dahla bukan senang sepanjang hidup aku boleh turun 14kg dlm masa 2bulan(masa lepas bersalin,hilang 20kg dlm 2bulan, tp itu dulula..) oh allah,mudahkanlah urusanku
harini selepas subuh lg berbekalkan mask kesatria baja hitam,aku ikut suami ke 'market'.kena p awal utk elak org ramai dan yg xbestnya p nya sekejap ja, tp blk market,aku tidur 3jam!adoi...kenapala lemah sangat badan ni..macam suara aifa bila xtau nak buat sesuatu benda, umi..cemana nak watttt?bangun tidur suami suh mkn..lagi!tadi sebelum tidur dah makan...pastu dia p solat zuhur,balik,dia suh makan lagi!adoi bang,mau saya jadi teddy bearkah?
nant aku sambung lagi.aku nak update setiap hari sampai cycle 2 insha allah
day 7
oleh sebab harini aku dah boring relax,pagi-pagi aku dah mengemas rumah, mana kotak-kotak belum buka,aku buka dan kemas.tapi tak banyak kotak yang belum buka, so xsampai sejam dah siap. habis mengemas mem'belek' cik kerinting, belek cik kerinting ni sampai 24 jam pun xabis. asik belek, cium,peluk, manala nak abis. makan harini ok,ikut ati nak ja g hantar muna ke sekolah, tapi makcik aton xkasi, lgpun harini hari ke 7.pastu semalam plak boleh pulak aku makan masak lemak cili api ketam, memang mencari nahas betul, tatahan beb,seniri masak,seniri makan. kesannya?harini tangan macam ala-ala monkey sket,garu sana sini.tobat-tobat. aku naik risau plak sebab aku tak rasa apa walaupun dah hari 7, doa-doa xada apala, adakah ubat ni tak lut dengan aku?selalu hr 7 la nak jd demam ke apa,tp aku mkn belasah je.mentangla org kata xpayah pantang..thari makan pecal, petang gulai ikan kering!mak, tolong...ok,esok tobat, xmakan dah.
day 8
harini aku ada rasa sakit sgt kepala.yg best tiap x sakit kpl, ia terjadi selepas aku makan. is that mean aku xboleh makan?makcik aton kata,ibu kena makan sikit-sikit.ni sekali melahap,ha..macam ikan paus. pastu theva called tanya aku ada tak tumbuh jerawat?aku kata ada, dimuka ja.dia kata di kepala ada x?winnie pun sama, sampai ke kepala. petang tu, konon konon nak masak sup ayam kampung yang sangat berkhasiat utk diri seniri. syok-syok chopping macam iron chef tiba-tiba mak kau, ptg jari seniri.adeh, tgk darah belambak-lambak,mulala aku panik.makcik aton plak p amik muna masa tu.dekat sekotak tisu aku guna. pastu teringat entry sis zabrina yg ayah dia luka bercukur pun darah xnak berenti masa chemo. so, aku tanya my sister (my private doctor..hehe), whether i should go to hosp and she said yes. so, buat panggilan kecemasan to abg misai n luckily he is on his way home. p ED, amik no, xla lama sgt tunggu( xsampai sejam, aku pernah bw muna p ed,dkt 6jam br setel), jumpa doktor, doktor sengeh je dengar aku ckp, dia tgk je jari aku,balut n suh aku blk.haha.lawak hari selasa..alhamdulillah xde pape.smpi umah,makan lg,lps mkn,skt kpl, mlm xleh tido,panas subhanallah, aku xtau nak ckp.dlm telinga ni rasanya unggun api, lidah,tekak seme rasa berasap.allahuakbar.awat jadi lagu ni?
day 9
bangun pagi, mandi rasa sejuk. minta izin abg misai nak p sek, claim insurans aku ni xsiap-siap walhal danak 3bulan, bukan ape,malas btulla...kalau xkenang tu duit aku, mmg mls nak buat. dpt rm140 sehari hospitalization claim.banyak tu kalau dapat, lepasla nak byr premium insurans aifa bulan depan.berangan. p sek mcm gaban,dengan mask semua.blk sek, singgah kedai jap, blk rumah,memasak.habis msk,lunch.lps lunch,skt kpl.kpl pun rs pns semacam.dok urut2 kpl aku perasan,nape mcm permukaan bulan je ni?adoi, danaik kepala rupanya jerawat nih..lps mkn je skt kpl,panas n skrg ni kul 9.30 mlm dan aku rs mcm kipas xpusing je atas kpl,kpl siap pk coolfever,pinjam adik punya.huhu,paranoid betul,sahla mlm ni xleh tido lg...adehhh
Day10
Harini dr pg rs lth sgt.tp gagah jiga ke sek,settle borang claim,nakena siap jgk.nxt wk dah cny,cuti lama.dah alang2 nak p post office,ajak makcik bli brg rumah yg dah surut di tesco.dkt dua jam ja tp serasa mcm 2 malam je,punyala lama!sampai rumah truspanjat katil,skt kpl yg amat sgt dan rs super duper letih,namakan pun mls,tp ingat bloodcount,bgn jg.mkn nasi,tlur mata lembu dan kicap.semua benda tu ptt  xleh mkn.tp belasah ja.mlm tu mmg xleh tido.kpl skt yg amat sangat!
Day11
Harini bgn rasa mcm nak pecah kpl.melepak atas ktl ja.bgn time mkn,mandi dan solat ja.bila komplen pd en suami,dia usik-cuba p sogo,mesti larat.adusss,bisanya...waktu thari kwnkwn dr skbbs2 datang.terima kasih kawankawan.terasa hilang skt kpl bila ada ziarah.benarlah tetamu datang membawa rahmat
 
Day 12
Harini start cuti raya cina,teringin nak blk kg,tp pk psl jem xsanggup rsnyaa.jd blk kg rawang ja la.tgk rumah yg dah dua minggu ditinggalkan.sian rumah.kemas kemas dan mkn di jj sekejap
Day 13
Harini bz ajak abg p bli langsir.langsir dr rumah lama xleh pk psl umah ni pk rod.najahit? Ms mmg byk tp aku ni keras tgn,tkt nak bt langsir jd kain buruk!bila abg drive,aku tgk dia menuju kl,tgn dah berpeluh2 bila tgk abg masuk jalan tar.yabedabedu,SOGO!HAHAA....rsnya mhl je tp blila jgk psl dah dtg,blk singgah mydin cr telekung n blk.ptg ada jiran dtg promote elken product.adoi,susahnya nak ckp xnak...ada idea x cemana?org dok bg penerangan yg muna dok merengekrengek ajak p klcc.dah mghrib br kluar dan g klcc kejap tgk lmpu...hehe,xde keje btol,tp dah janji ngan bdk2 nak wat cemanakan
Day14
Makcik aton minta cuti harini.lps anta dia kerumah anaknya  kami ke thecurve bli seluar anakanak yg dah pendek.adoi lthnya mengontrol tiga org ni..blk umah ingat nak tido tp dah makcik ton xde kene setel semuaa keja rumah smpi mghrib.pas isya dgn xmkn aku dah terlentang kepenatan.skali lg aku bersyukur ada makcik aton utk tlg bt keja umah.alhamdulillah terima kasih Allah
Day 15
G amik makcik aton.pg2 lg budakbudak dok tanya bila nak amik makcik.br sehari dah rindu sgt dgn makcik.bila makcik masuk kereta berebutrebut nak duduk atas riba.pengsanla makcik!makcik punnampak mcm xtido,teringat aifa katanya.hehe,makcik2!slps mkn di publika,kami blk.jln skn nampaknya cny ni maklumla kereta xde,rumah pun dadekat dgn kl.sanah dtg dgn kkknye htr msk tempoyak daun kayu.ya allah rahmatilah mereka,susah pyh dtg jauhjauh htr apa aku tingin nak mkn.
Day 16
Harini aku berbual dengan junior di ukm.dia br shj disahkan lymphoma cancer n kan start chemo esok.walaupun cancer berlainan,aku sedaya upaya memberikannya semangat,seriously i dont know where the words come but i have to soothe her.insha allah ana, u can do it n plz be strong.its not the end of the world n we should be strong to overcome all this.setiap x aku ingat akan pesakit2 yang dah tahap metastasis(TAHAP 4 KE ATAS),pesakit2yang xmampu dan tiada bantuan perubatan,aku merasa sgt  bersyukur kerana walaupun aku sakit tpi bantuan tu sentiasa Allah datangkan dari manamana,bukan setakat wang,bantuan tenaga,doa,kasih sayang,ingatan dan rahmatNYA  Sentiasa ada bersamaa.mengingat  situasi dimana seorang makcik nak membayar 300 untuk mammogram ja pun xmampu,mengalir airmataku,situasi makcik berulangalik menaiki motosikal untuk dialisis selama 10tahun,kisah auntie yg br membuat mastectomy dan sudah hanpir habis kimo ttp diberitakan kansernya sudah tidak dapat dirawat lg,kisah makcik yg dihalang suaminya utk membuat mastectomy dn mcm2 lg kisah sedih yang aku tidak mahu ceritakan disini supaya aku tidak lemah bila membacanya semula.Ana,entry ini untuk anda,percayalah,ALLAHtidak akan menguji jika dia tahu kita tidak mampu.insha allah syurga menanti jika kita sabar dengan ujian ini.seperti kata suami akak,
A - anda
I - ISTIMEWA
D- disisi
A- ALlah
Semoga ANA juga begitu.Kita boleh!
Knorma dan kasma dtg menziarah,sampai nak mghrib xhabeh bercerita dgn kkk2 ni.moga allah merahmati shbt2ku,ameen.
Day 17
Sedih rsnya melihat rambut penuh dilantai bilik mandi.i shouldnt feel that coz hair is the fastest growing cell.pasni xyah gsk n sikat rambutla(nak elak sedih inya psl).mendoakan juga Ana yang akan menjalani kimo harini.moga Allah memudahkan urusan ana.seperti kata kmin,ayahnya dah 7kali kimo,masih ke kebun!

untuk bacaan lanjut ubat kemoterapi yang aku ambil; FEC dan Docetaxel,boleh klik sini
http://www.macmillan.org.uk/Cancerinformation/Cancertreatment/Treatmenttypes/Chemotherapy/Combinationregimen/FEC.aspx
http://www.macmillan.org.uk/Cancerinformation/Cancertreatment/Treatmenttypes/Chemotherapy/Individualdrugs/Docetaxel.aspx




pindah rumah

26 Januari 2013
alhamdulillah, akhirnya hasrat kami nak berpindah lebih dekat dengan SKBBS2 dikabulkan Allah. 2 minggu sebelum ni agak nervous sebab tarikh chemo dah dekat tapi Puan Lily(landlady) yang aku berjanji sejak bulan 11 napindah masuk masih belum memberikan kata putus. agak bersalah juga nak memaksa dia keluar,tapi alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya Pn Lily sendiri memberikan tarikh dia akan berpindah keluar 24/1/2013 dan kami masuk 26/1/2013. semua perjanjian berlalu secara online dan aku hanya berjumpa dengan Pn Lily pada 25/1/2013 untuk mengambil kunci. alhamdulillah walaupun tak pernah tengok bagaimana keadaan rumah, aku berpuas hati dengan kadar sewa yang ditetapkan.semua dah dekat, sekolah kebangsaan,sekolah agama, hospital, kedai so what more am I complaining. nak duduk berapa lama, itu semua hanya Allah sahaja yang tahu.terima kasih kepada suami yang sanggup menyewa,pada kadar sewa yg agak 'mabeles' jugak,untuk memudahkan urusan aku dan anak,hanya Allah mampu membalasnya. Terima kasih kepada sanak saudara yang membantu menyediakan lori, mengangkut barang, mengemas barang di rumah baru, yang tolong pakat-pakat mendoakan terutama mak dan mak mertua. Makcik aton terutamanya yang tak tido malam dekat 2 minggu pack barang. Seriously mula-mula pk impossible juga nak pindah dengan 3 budak kecik,satu cancer patient n only 2 individual who is fit(my hubby n makcik aton) tp alhamdulillah aku percaya pada kuasa doa kepada ALLAH yang Maha Esa, semuanya mudah sekali. sabtu pindah, ahad dah nampak macam rumah orang dah duduk lama. rumah yang ditinggalkan memang lom sempat kemas, nanti aku sehat sket insha allah. raya cina ni bolehla kot. alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah..maka nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan?









saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama