26 Januari 2013
alhamdulillah, akhirnya hasrat kami nak berpindah lebih dekat dengan SKBBS2 dikabulkan Allah. 2 minggu sebelum ni agak nervous sebab tarikh chemo dah dekat tapi Puan Lily(landlady) yang aku berjanji sejak bulan 11 napindah masuk masih belum memberikan kata putus. agak bersalah juga nak memaksa dia keluar,tapi alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya Pn Lily sendiri memberikan tarikh dia akan berpindah keluar 24/1/2013 dan kami masuk 26/1/2013. semua perjanjian berlalu secara online dan aku hanya berjumpa dengan Pn Lily pada 25/1/2013 untuk mengambil kunci. alhamdulillah walaupun tak pernah tengok bagaimana keadaan rumah, aku berpuas hati dengan kadar sewa yang ditetapkan.semua dah dekat, sekolah kebangsaan,sekolah agama, hospital, kedai so what more am I complaining. nak duduk berapa lama, itu semua hanya Allah sahaja yang tahu.terima kasih kepada suami yang sanggup menyewa,pada kadar sewa yg agak 'mabeles' jugak,untuk memudahkan urusan aku dan anak,hanya Allah mampu membalasnya. Terima kasih kepada sanak saudara yang membantu menyediakan lori, mengangkut barang, mengemas barang di rumah baru, yang tolong pakat-pakat mendoakan terutama mak dan mak mertua. Makcik aton terutamanya yang tak tido malam dekat 2 minggu pack barang. Seriously mula-mula pk impossible juga nak pindah dengan 3 budak kecik,satu cancer patient n only 2 individual who is fit(my hubby n makcik aton) tp alhamdulillah aku percaya pada kuasa doa kepada ALLAH yang Maha Esa, semuanya mudah sekali. sabtu pindah, ahad dah nampak macam rumah orang dah duduk lama. rumah yang ditinggalkan memang lom sempat kemas, nanti aku sehat sket insha allah. raya cina ni bolehla kot. alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah..maka nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan?
Saturday, February 2, 2013
Wednesday, January 23, 2013
chemotheraphy
finally apa yang aku takuti dah nak sampai. next week akan bermulalah sesi chemoteraphy aku. cuak,nervous,ketaq lutut, ghaplah jingga, semua ada. yang bestnya aku ada kawan, theva.kawan jauh pun ada, senior aku di Irshad,kyat juga akan menjalani chemotheraphy, tp off coursela dia di damansara specialist dan aku di selayang hospital.
semalam ( 22/1/2012) , aku ada appoinment dengan mr salah
( surgical) dan dr fadzlina( oncologist).both of them look happy with my wound yg kene infection itu hari dan said i can proceed with chemo, walaupun takut,tapi rasa lega pasal dah lehh chemo,aku dah xsabar nak habis rawatan dan meneruskan hidup seperti biasa,INSHA ALLAH!tapi sebenarnya rawatan ni masih panjang lagi, selepas 6 sesi chemo,akuu akan menghadapi 15 sesi radiotheraphy di HKL(sebab apa di hkl?sbb hkl ada radiotheraphy, selayang xde) dan makan ubat selama 5tahun.
basically chemoheraphy is treatment based on patient.setiap patient lain ubat yang diberi.aku kene amik ubat FEC75 selama 3x dan docetaxel 3x juga dan tamoxifen selama 5tahun. tamoxifen hanya diberi sekiranya laporan patologist menunjukkan sel tumor responsif kepada hormon estrogen dan progestron. aku tak boleh mengandung sama sekali, dr natasha(consultan oncolist uitm-hkl) berulang kali mengingatkan.sayu pulak rasa, nampaknya cik kerintinglah akan menjadi anak bongsu ku...
sebelum chemo ni,last week aku menjalani minor operation untuk memasukkan 'chemo port', lebih kurang macam tiub masuk ubatla, ditanam dibawah kulit. complicationnya aku rasa sakit bila nak inhale nafas, tp paling teruk bila aku penatla, rasa macam nak mati ja..huhu, maksud aku,semput.leher pun rasa panjang mcm leher angsa. hehe, cemacam aku nih.
so kawan-kawan, ada pernah dengar how to go thru chemo? yg plg doctor pesan, jangan pantang, KENE MAKAN!patutlaorg habih kemo gemuk,dipaksa makan rupanya.ya la, kalau xmakan cemana nak mengharungi kemo tu ye tak. kalau 2nd chemo nant , platlet count xcukup, chemo akan didelay.adus...lagila lambat habis!tp bab pantang ni aku cuba discipline,gula,susu,teh ,kopi, ayam ,daging ,sotong,ketam,xsentuh lngsung, ikan yg xsisik xmkn, tp kadang makan jugakla bila dah tadak pilihan.sayur,buah semua aku belasah(kecuali yang bisa-bisa).aku ada juga amik supplemen VEMMA( mangoesteen extract) tapi masa chemo dr xbg amik suplemen, rasional dia , we dont know the reaction between the med n the suplemen.
so kawan-kawan, mohon doakan allah memudahkan segala urusan saya ini.tq ya!

Theva
"kak aida, kak aida rasa saya boleh selamatke?", masih terngiang-ngiang soalan tu di telingaku.macamana mulutku ini ingin meyakinkan dia sedangkan aku sendiri tidak yakin tentang nasibku?masha allah, susahnya nak bagi keyakinan pada orang.
Theva, seorang ibu,juga punya anak tiga sepertiku,berasal dari Lukut, Port Dickson. Pertama kali aku bertemunya pada 18/12/2012, tarikh kali kedua aku masuk ke wad. Kali ini aku masuk sebab ada post-operation infection. Patutla aku asik demam ja sejak operation, rupanya disebabkan 'keganasan'ku yang telah memputuskan talian drain beg ku, telah menyebabkan cecair yang sepatutnya keluar tetapi bertakung didalam dan jadilah jangkitan. Mr salahudin dengan senang hati memotong kembali luka pembedahan untuk mengeluarkan semua nanah dan cecair yang bertakung dan dimasukkan ke wad untuk observation. Sekali lagi, wad 9a menjadi rumah keduaku.
Sewaktu pendaftaran di wad, aku melihat seorang wanita india, sangat kecil tubuhnya( rasanya saiz badanku 3x ganda saiznya), sedang mendaftar, mukanya sangat sedih sekali dan aku terdengar dia bercakap kepada jururawat untuk menjalani 'mastectomy' pada keesokan harinya. Rupa-rupanya kami sebilik, bila berpeluang aku pun bertanya dan maklumlah dah 'senior' 18hari, aku ingat lagi perkataan pertamaku padanya, jangan sedih-sedih,no use to cry
( chewaahhh, berlagak sungguh cikgu aida). bermula dari tarikh itu kami jadi bff sebab kami punya nasib yang sama, kanser, anak 3, baru shj operate dan soalan di atas ditanya setelah hampir sebulan, ssetelah dia mendengar keputusan CT scannya, rupanya dia jauh lebih advance dari ku. sudah hampir ke stage 4.masha allah.a.ku pikir,aku yg teruk,ada lagi yang lebih teruk. aku hanya mampu menasihatinya supaya jangan give-up, kita perlu bersama-sama hadapi ini.
sekarang aku tak punya alasan untuk menangis , kecewa lagi. dibanding theva,aku punya segala. dia punya suami yg asik menangis, suamiku tak pernah menitik walau setitik airmatanya lagi,katanya buat apa abg menangis depan sayang, buat syg lg susah hati. kanserku baru ditahap2, dia sudah hampir ke 4 dan aku punya ALLAH, tuhan sekalian alam, berkuasa menghidupkan dan mematikan. aku xpatut merasa akulah yang paling tidak mendapat keadilan didunia ini. theva, i wish both of us will heal together, watching our children grow together n fighting to the end!semoga dia juga mendapat hidayahNya.satu soalan dia yang masih ku ingat smpi arini, akak dekat mekah tu ada black stone kan, nama apa?(aku jawab Kaa'bah), why all moslem pray towards kaabah?aku xtahu la dia nak menguji atau nak tahu, tp harapnya jawapanku memuaskan hati dia dan mendekatkan dia pada Islam. wallahu a'lam

Saturday, December 15, 2012
MASTECTOMY
30 November 2012
Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Huhu, arini nak pergi check - in to Selayang Hospital. Pukul 5 pagi baru nak packing, biasala dah nama cikgu Aida, mesti kerja last minute. Baju,toiletries, buku(penting!), air zamzam dan yang tidak boleh lupa I/C dan GL(guarantee letter from school). Kalau takde GL, kena lah byr sendiri. Murah-murah pun government hospital tapi when it comes to operation,consultation,ward..huhu, banyak juga.
Selepas daftar masuk wad 9A, katil 17, nurse memeriksa BP, EKG, mengesan gula didalam darah dan diikuti oleh ujian darah untuk sel darah putih, hemoglobin, coagulation dan ada 2lagi aku xingat untuk apa. Kemudian Doktor Pratab pula datang menerangkan tentang prosedur yang akan dilakukan esok dan antara side effect yang akan datang dengannya, iaitu lymphedema( for more information you can read here).
Harini juga rasa macam reunion kecil puteri ex-ki spm 1996. Nurul Aini(5/6) , opthalmologist kat hospital selayang adalah teman setia, ruzie (5/6), rosliza (5/10), shikin (5/4), bushro (5/4) datang menziarah. Oh ya, smlmnya, izah(5/9) dtg dengan family menziarah dirumah tadikaku. Jadi dah macam reunion kecil. Dua doktor yang datang dr shikin dan dr bushro tolong buka cincin yang ketat ditanganku. Cincin yang dah 7 tahun tak dibuka. Alamat pasni simpanla cincin tu pasal dah xmuat.
Malam tu memang dah xlena tidur, nurse dah pesan awal-awal supaya bangun dan mandi awal esok pagi kerana 7 pagi dah nak masuk OT. Adeh, lgla xleh tido. Pukul 5 pagi dah terpacak bangun , mandi,siap-siap. Mulut tak putus-putus mengucapkan selawat syifa. Selepas solat subuh, mengadap abg misai yang setia, menulis semua no pin atm kad, no pin maybank2u, tempat-tempat bahan-bahan yang penting, insurans yang perlu dituntut if anything ever happens to me. Dulu bersalin pun xpernah buat mcm ni. Lepas tu mohon ampun maaf dari abg misai. Sedihnya masa tu tak dapat digambar dengan perkataan. Abg misai cuma mengalirkan air mata, tanpa berkata apa-apa. Hanya mata mampu berbicara. Sempat telefon mak, minta maaf dengan mak dan makcik atun. Berpesan juga pada suami minta smpikan salam pada semua saudara mara dan mohon mendoakan keselamatanku. I may sound 'over', tp sebab selalu teringat kakak kawan yang meninggal akibat kidney stone surgery complication, sungguh, aku rasa memang hayatku setakat itu sahaja.
Masuk sahaja ke OT,pakar bius, dr Yuna dan Dr Ng dari pain klinik bersiap-siap untuk meletakkan ubat tahan sakit dibahagian kanan belakang(aku lupa nama dia apa), between my c3 and c4. Tangan aku dicucuk jarum untuk dimasukkan drip dan meletakkan topeng gas. Aku sempat mengucapkan syahadah dan sebaik shj topeng gas diletakkan dimukaku, aku terus ghaib...tak sedar apa. Yang aku ingat doktor cakap jam dalam 8.30 pagi.
Sedar-sedar sahaja, lampu-lampu OT dah tak ada. Aku berada di dalam bilik yang samar-samar. Aku mengangkat tangan kiriku (tangan kanan dan dada sangatlah sakit pada waktu itu), aku nampak kelibat dr Yuna, pakar bius datang dan bertanya, ok Noraida, apa yang you rasa sekarang. Aku menjawab antara dengar tak dengar, sakittttt . Terasa ada kahak besar di kerongkong yang menghalangku dari bersuara. Dr yuna bertanya lagi, ok, kalau 0 tu tak sakit, 10 tu sakit mcm nak bunuh orang, berapa you nak bg skor sakit you? aku hanya mengangkat 5 jari, sebenarnya nak angkat 10, tapi tgn kanan sangat sakittt. Pastu aku x-sedar lagi. rasanya lama juga aku di recovery room.Oh ya, aku ada bertanya dr yuna pukul berapa dan dr yuna cakap waktu itu 10.30 pagi, jadi operation tu lebih kurang dua jam sahaja. Setelah asik sedar,xsedar, kira-kira pukul 12, aku ditolak keluar dari OT. dari jauh nampak jejaka berbaju biru bermisai melambai dari jauh. huhu, I MISS HIM..
Sampai di wad, takde ckp banyak,abg,sakittt..tolong baca YAASIN. Dengar bacaan yaasin baru aku leh tidur dan melupakan kesakitan. Lebih kurang pukul 6 petang aku merasa sangat haus, bangun-bangun tengok suamiku tiada, mungkin balik sekejap ke rumah mandi dan berjumpa anak-anak. Memandangkan aku takleh buat apa, aku hanya terkejip-kejip melihat sekeliling. Kak Norhana datang melawat tak lama kemudian, aku bolehlah bercakap sedikit-sedikit dan bila suami ku sampai, aku minta nak bertukar bilik kerana suasana yang agak bising di bilik tu. Nasib baik nurse nak layan kerenah cikgu aida yang banyak koree ni. Bila dah tukar bilik, bilik baru tu mempunyai 4 katil dan hanya ada aku seorang shj, maka terasa lebih selesa. Suami menolong memapahku ke bilik air. Eksen konon tanak kasi suami ikut, tapi dek hampir-hampir pitam, jadi terpaksalah suruh suami masuk ke bilik air juga. Selepas membersihkan diri sedikit, aku terbaring kepenatan. Baru masuk bilik air dah penat. Tapi lapar punya pasal dan suasana bilikku juga agak bising waktu itu kerana berdekatan bilik tv(org tgk piala affsuzuki,malaysia lawan indon), bangun juga dan berjaya menghabiskan 1 serving ubi kentang! huhu, baru puasa 24jam dah kebulur mcm tu. Macamana la org yang tak makan berhari-hari tu ek. Malam tu aku rasa aku tidur selena-lenanya seperti bayi dan begitu juga dengan abg misai.
Keesokan harinya, hari ahad, ramai saudara-mara, sahabat-sahabat sekerja, sepersekolahan dan ramai datang. Aku memang xnampak macam org sakit pasal mulut x berenti- renti mengomel, yela kan, yang sakit bukannya mulut:). Tapi dah resmi cikgu aida, sakit tak sakit , mulut mesti ON punya,
Hari keempat, plaster dibuka, sekarang aku dah dpt tengok apa yang tinggal, sedih jugak, tp ini semua untuk kebaikan aku. Hari keenam, aku minta kat doktor nak balik, boringla xdengar suara anak, tv takde dan juga makanan hospital yang sungguh "sedap". Masa balik tu tegak je berjalan sambil mengusung drain bag, tapi terasa sangat jauh parking dan rasa nak suruh je abg misai tlg dukung ke kereta tapi semestinya itu adalah tindakan tidak masuk akal kerana in the end, abg misai bisa masok ospital kok! Sebelum meninggalkan hospital sempat berterima kasih kepada semua staf wad 9A yang baik hati , berjumpa patient-patient yang dikenali especially makcik fauziah sg besar yang mcm mak seniri, hari-hari dia datang menjengok aku dengan tazkirahnya, tq makcik, i SALUTE you!, makcik cleaner, adik tkg serve mknn; I luv u all!
Blk je rumah, rindunya ngan semua, mak,aifa,muna,adik,acik atun. Panjat tangga mcm dah kuat tp last- last aku terbaring je dirumah dari hari ke 7. Ada beberapa org rakan , saudara-mara dan jiran-jiran turut menziarah masa ni;tapi hari paling teruk iaitu hari follow up, hari ke10, aku demam. Doktor kata biasa, tp malamnya dek drain beg dah tercabut wpun tgh tido(betapa ganasnya cikgu aida), pegi juga hospital minta ubat. Doktor apatah nama dia (ensem ala2 Rain gitu) bagi aku antibiotik n PCM untuk meredakan demam dan yang seronok,dah xpayah usung drain bag tu. Setelah 2 hari demam, hari ke 12 pulak aku perlu menjalani ct scan.
Untuk maklumat lanjut mengenai CT scan , klik http://www.webmd.com/a-to-z-guides/computed-tomography-ct-scan-of-the-body

Aku perlu menjalani CT scan ini untuk mengetahui staging cancer aku sekarang. Keputusannya buat masa ini belum tahu, insha allah aku akan ceritakan dalam post yang akan datang. Semasa scan ini dilakukan ( aku melalui CT-TAP(thorax, abdomen, pelvis), aku diberikan ubat sebanyak 16 bj yang perlu dimakan 8 jam dan 2jam sebelum scan dilakukan. Ubat ini perlu dimakan kerana aku ada asthma. Yang syoknya slps mkn ubat punya byk tu, aku bangun tidur dalam keadaan macam mandi, basah dengan peluh dan badan rasa sejuk semacam. Lepas tu, happy semacam,emm, pttla org isap dadah mcm ni, aku br kena ubat 16 bj! Sampai di hospital kena plak minum air ubat yg rasa mcm coklat hacks hitam 2 cawan, iaitu selang 1/2 jam secawan. Kemudian ada juga ubat dimasukkan ke rektum dan seterusnya aku dibawa masuk ke bilik yang ada satu mesin macam donut besar (kenyang setaun makan donat ni!). Aku dibaringkan dan aku pun discan. Mula dibahagian thorax ( chest). Selepas tangan aku dimasukkan ubat melalui IV drip, aku discan dibahagian abdomen pula dan ubat ni rasanya panas sekali dan selepas tu discan di bahagian pelvis. Selepas siap, aku dibenarkan keluar dan sempat berborak dengan seorang makcik yang telah menjalani dialisis selama 10 tahun.10 tahun?masha allah sabarnya makcik ni, dia kelihatan sangat gembira, ramah dan macam-macam cerita dia denganku. Suaminya juga ada menemankannya dan believe it or not; they are the most romantic couple i have ever seen. They are not rich, they are not healthy but yet they are so happy, so content with their life. Bayangkan menaiki motorsikal berulang alik selama 10 taun dari selayang ke serendah (lupa nak cakap, makcik ni xleh berjalan, cemana dia bonceng suaminya,it remains a mystery to me);wish me and abg misai could be happy like them in future insha allah.
Sebelum aku pen -off, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada suami tersayang, encik mazlan musa for being there when i neeed u most, mak yang datang menemankan makcik atun dan anakanak dirumah sehingga terganggu jadual pengajiannya, mak mertua, kakak -kakak, abang-abang, Nurul Aini yang menjadi astro on the go, kawan-kawan yang memberikan sumbangan,yang mendoakan, menziarah di hospital dan dirumah, staf-staf hospital dan semualah..hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya dan moga kalian semua dijauhi dari ujian seperti ini.ameen, ya rabbal alamin
ok folks, dah panjang ni,gerenti dah xlarat baca, see u in nxt post

Monday, November 26, 2012
DUGAAN
6/11/2012 Selayang Hospital
"If u ask my personal opinion, I think it is CANCER!", Dr Suraiya Ibrahim the radiologist memberitahu aku dengan terus terang, tanpa berlindung lagi. Suasana bilik Ultra Sound yang samar-samar tu terasa gelap buta masa tu. Terbayang-bayang 3 intan payung ku di rumah. Air mata dah mengalir laju di pipi, tapi aku tahankan juga pasal malu dengan dr Suraiya.
" Can U explain to my husband, doctor?" aku bertanya
"Your husband ada diluar?"
Doktor berlalu dan memanggil suamiku. En Mazlan Musa macho sahaja mendengar penjelasan doktor. Perasaan aku bercampur-baur sewaktu itu.
" Ok tomorrow, u come here and we are going to do mammogram and biopsy. Please come early"
Aku mengiyakan dan mengambil temujanji di kaunter. Keluar sahaja dari bilik tu, aku memeluk suami dan menangis sepuas-puas hatiku. Terduduk aku di kerusi melawan esakan. Orang periang macam aku ni memang susah nangis pasal diri sendiri, tapi kalau pasal orang lain, drama memang akuah juara!
16/11/2012
20/11/2012
Pada
appointment yang lepas (30/10), general surgeon di Hospital selayang ,Mr Salahudin hanya memberikan keputusan 50-50 walaupun dimatanya seperti ada
sesuatu yang ingin disembunyikan.Melihat susahpayahnya mencarikan tarikh
tercepat untuk aku melakukan ultra sound membuat kan aku seharusnya sudah
sangat-sangat bersedia untuk menerima berita ni. Aku sangka kan aku ini
seorang yang kuat, tapi hari ini aku rasa semua kekuatan aku sudah hilang
begitu sahaja.Ya allah, besarnya dugaan ini..
Aku
merasakan ada ketulan ini sebenarnya dari awal 2012 lagi, tapi disebabkan
kealpaan, sikap tak apa aku menyebabkan aku menangguhkan berjumpa doktor sehingga
aku terbaca buku Bukan Sekadar Resepi oleh Roza Roslan yang menyebut mengenai
adiknya, Ayu yang meninggal kerana barah payudara. Terima kasih Allah atas
gerak hati ini. Bila diceritakan kepada suami, dia ‘mengheret’ ku ke klinik
berdekatan rumah dan Doktor Siti Khadijah membuat surat rujukan ke Hospital.
Pada
mulanya, bingung juga nak ke mana, terima kasih kepada kawan-kawan di group FB
Ex Puteri KISAS yang banyak membantu seperti Dr Nurjasmine Aida, Dr Hafizah
Nurain dan ramai lagi yang tersebut di sini. Pergi ke hospital merupakan
tindakan yang MESTI dilakukan walaupun aku sebenarnya SANGAT TAKUT untuk
menerima kenyataan.
Keesokan
hari nya ( 7/11/2012), aku menjalani mammogram dan biopsy. Mammogram ni layman
termnya ialah x-ray untuk breast. Semasa mammogram, dr akan mengepit breast
dari pelbagai angle untuk mendapat gambaran jelas tentang breast anda.Memang
sakit,tapi sekejap sahaja.Walaubagaimanapun kalau mengandung mungkin agak
merbahaya dan aku kurang pasti kalau mengandung apa yang perlu dibuat. Masa
mammogram inilah aku melihat ketulan sebesar hampir 3.7cm di payudara kananku. Jika
mengikut saiz, keadaan barahku adalah baru di tahap kedua Dibahagian lymph nodes di ketiak juga nampak membesar.
Mengikut Dr Suraiya, lymph nodes di
ketiak akan membesar sekiranya terdapat sebarang jangkitan atau sakit. Dia bertindak
seperti security gate kepada semua penyakit. (Correct me if I am wrong).
Selepas itu
aku berbaring di atas katil dan Doktor Suraiya dan 3 orang
radiographer serta seorang doctor membuat biopsy terhadap kedua-dua
payudaraku.Biopsi ini ialah dia mengambiil tisu pada ketulan dan dianalisis
oleh pathologist untuk mengenalpasti apakah sel itu adalah kanser(malignant) atau tidak(benign).Setelah itu aku dibenarkan pulang dan aku diberi MC selama dua hari. Semasa
pulang dari mammogram, suamiku membawa kami semua pergi membelibelah. Aku tahu
suamiku cuba untuk menghilangkan segala kerisauan di benakku. Tapi malangnya
dia tak begitu berjaya. Tiga hari tersebut merupakan antara the worst day in my
life. Aku menangis, tido,bangun,menangis, tido, tengok tv (tp sebenarnya
menangis). Assignment mastersku yang berlambak-lambak langsung tak ku sentuh.
Seriously aku rasa macam aku lah orang paling malang dalam dunia sewaktu itu.
Pada hari
Jumaat(9/11), hari terakhir di sekolah aku menangis lagi, orang menangis sebab
3 kawan-kawan berpindah dan seorang bersara tapi aku menangis sebab lain. Rasa
sangat-sangat sedih walaupun mak,abang,kakak dan suami tercinta tak putus-putus
memberikan semangat.
Suamiku
tidak putus-putus menceriakan aku dengan
pelbagai cara. Kami ke Taiping untuk menghadiri pertunangan anak saudara
kesayanganku, Syed Amir. Ahad kami ke Low Yat, memborong unnecessary gajet,aku
gembira, tp aku kalah bila di tikar
sejadah. Solatku pasti bersulam tangisan. Susah sungguh aku menerima kenyataan
Sambil-sambil
aku mencari jurnal online untuk assignment ku, aku juga mencari maklumat
mengenai kanser payudara. Kadangkala aku rasa menyesal membacanya kerana ia
lebih menakutkanku tapi pada masa yang sama aku sedar aku perlu tabah
menghadapi semua ini kerana my three little angel- Muna, Anisah dan Aifa.
Walaupun
maklumat hanya di hujung jari, sebanarnya aku sedikit terubat apabila
kawan-kawan, saudara mara memberikan sokongan yang sangat padu padaku,
macam-macam nasihat dan aku menyedari sebenarnya di Malaysia ini sahaja, dalam
setiap 20 wanita, 1 wanita akan menghidapi breast cancer. 5% of total woman
population and many of them recover after treatment. Boleh kata ramai yang aku
beritahu mengenai kondisi aku mempunyai saudara terdekat/kawan yang mempunyai
kanser payudara. So, its not rare. And it can be CURED! Now I remember dr Suraiya
said, u are still curable (she had a stage 4 breast cancer patient before and
the patient is only 27!)
Now I'm getting
more positive. Inshaa Allah, walaupun ada saudara dari sebelah birasku yang
meninggal tapi persamaan kebanyakan yang meninggal ialah mereka sudah ditahap
terakhir semasa diagnosis dan mereka memilih untuk alternative treatment. Suami
aku yang agak fobia mendengar perkataan breast cancer ini (kerana birasku itu) awal-awal lagi telah
mngingatkanku, kita remove sahaja; tak payah pikir banyak;oh..he is a
man, and he never understands me. Breast
is very important for feminity but in my case its BREAST or DEATH!
16/11/2012
Today is my
judgement day. Although I already know the answer, but I still want to hear the result. Unfortunately Mr Salahudin is not around, so we meet a very
young MO who shows no symphatic at all. Although it is not your illness,but
please show some empathy to your patient doctor, you are still a long way to be
a very good doctor. Instead of entertaining my questions, his GNote(sedihsedih pun sempat lagi in awe bila tgk hp dia!) keep buzzing
and disturbing our session.However he manages to trace dr salahudin and ask him what option of surgical
treatment that I have to do.
1)lumpectomy(buang
ketulan), lymph nodes di ketiak followed by radiotheraphy
2)
mastectomy right breast , lymph nodes di ketiak
Chemotherapy
akan ditentukan berdasarkan lump/breast yang akan dibuang yang akan dianalyse.
Sekiaranya oncologist(pakar bahagian kanser) mendapati kanser dah merebak ke tempat
lain(nauzubillah), maka aku akan di chemotheraphy. Sebelum itu chemotheraphy
ialah systemic, maksudnya,ubat akan dimasukkan kedalam saluran darah dan akan
pergi ke seluruh badan. Kesan-kesannya agak severe seperti panas, tak boleh
tido, gugur rambut, bergantunglah kepda badan pesakit manakala radiotheraphy
ialah sinaran radio terhadap tempat yang cancerous dan kesannya cuma local/ tempat itu sahaja.
Doktor
tersebut memberikan kami masa sehingga 20/11/2012 untuk memilih 1 atau 2 dan
appointment seterusnya pada 20/11. Balik appointment, apa lagi,
menangis..tambah pulak dengar cd OPICK. Memang hujan je masa ni> Budak-budak
pun siap datang peluk umi masa solat sebab time solatla umi nak nangis sangat.
Kakak-kakakku
memberi cadangan membuat operation di HKL atau hospital swasta. Aku pun pening,
setelah aku buat istikharah, insha allah itulah pilihan aku akhirnya
So its
going to be pilihan ke 2 dan di selayang sahaja.
20/11/2012
Kami
bertemu dengan Mr Salahudin, dia memberikan penjelasan panjang lebar tentang
pilihan kami, prosedur rawatan selepas ini dan juga memberikan opsyen untuk
berpindah ke Putrajaya.HKL is not advisable sebab terlalu ramai dan Putrajaya
merupakan hospital kerajaan yang paling lengkap untuk brest cancer treatment. Tapi memandangkan
lokasinya yang jauh, kami memilih untuk membuat di Selayang sahaja. Beliau
mencari tarikh yang terdekat, pilihan pertama 26/11 atau 1/12 dan kami memilih
1/12.aku akan masuk ke wad 30/11 dan akan menjalani pembedahan pada pagi
1/12 insha allah.
Kepada
sesiapa yang membaca ini, doakan saya akan selamat dan kuat untuk menghadapi treatment-treatment
seterusnya. Suami saya selalu mengingatkan bahawa ALLAH memilih saya dari
berjuta-juta orang kerana saya istimewa dan saya harus bersyukur dengan ujian
ini. Doakan ya!
Friday, November 23, 2012
sarjana
salam semua
dah lama xmeghapu di blog ni.rugi juga tak menulis sebab dah tua-tua ni,memory dah tak se'fresh' dulu.benda yg jadi semalam pun susah nak ingat, apatah lagi benda yang dah berbulan-bulan. sejak Jun haritu agak sibuk dengan macam-macam benda. biasalah bila dah kerja, kerja kat sekolah xpernah habis, bawak balik umah pun x habis-habis. tu pun, bab marking buku, aku selalu lambat-lambatkan. yela,marking sebiji pun dah rasa berat mata:).
ok, ape ek nak cite, oh ya, bulan 9 2012 aritu, aku telah mendaftar as postgraduate student di Universiti malaya. My oh my, dah 10 tahun meninggalkan dunia kampus dan bila masuk balik ke UM terasa amat bangga sekali kerana dapat menjejakkan kaki ke lembah ilmu yang sangat ulung di Malaysia. Dari keluar UKM dulu dok menyimpan perasaan nak sambung Masters. dulu dapat offer buat SM Kejuruteraan, tapi ayah xkasi, ayah suruh kerja dulu. Bila dah kawin,beranak pinak, minat masih xhilang, minta juga di UTM, kelas hujung minggu, tapi xdpt-dpt, alasannya cuma 5 orang yang memohon, tidak berbaloi untuk dibuka kelas.akhirnya taun ni, saja test isi Masters UM, sekali isi je dapat!Alhamdulillah< dapat 2 plak tu! Sarjana Pengurusan Pendidikan dan Sarjana Matematik dengan Teknologi Maklumat> walaupun Maths tu pujaan hati, tapi bila tengok,thesis 40 credits aku rasa nak pengsan!masa degree dulu, thesis 6 unit pun aku hampir sangkut, ni kan pula 40 units!seriously aku suka belajar, tapi bukannya researcher yang rajin!
Akhirnya 3/9 aku mendaftarkan diri di UM dengan yuran hampir RM3k dengan bantuan dari abang misai. Tak prepare langsung ni, jadi belajar sambil bekerja. bab belajar memang seronok walaupun penat sebab kelas 3-6 setiap khamis, jumaat dan 8-11 sabtu. setiap khamis,anak-anak dipontengkan sebab umi xsempat nak balik hantar anak dan ke UM, hari Jumaat sempat balik,mandi, solat dan ke UM balik, lunch tu memang sambil drivee jela,jadi mkn je apa yang sempat tangkap!tapi seronok. Belajar benda-benda yang worlds apart from what I learn during my degree memang susah. dulu aku rasa management macam kacang, tapi time buat assignment,masha allah...rasa nak demam, malas nak ke mana-mana. Assignment pulak 70% dari markah keseluruhan, jadi memang kau-kau punya buat assignment.Aku pulak bab mengarang ni memang fail,jadi memang rasa nak nangis , nak demam semualah!Tapi dalam kesusahan-kesusahan itu aku banyak belajar benda yang baru, belajar speed reading,sbb nak baca jurnal yang berjuta tu, belajar cr jurnal guna google scholar,kemudian import ke End Note. Subjek kegemaran aku pula Statistic for research. Bagi aku setiap kali kelas Statistik pada hari Sabtu tu rasa macam makan Tutti Frrutti, masha Allah seronok sangat kelas tu. Prof Madya Sharifah Norul Akmar memang superb n she is a very good teacher!Bila mid sem haritu aku dapat 17/20 memang rasa seronok walaupun I believe I should have scored 20!
Malangnya panas yang ku sangkakan sampai ke petang , hujan di tengah hari. Lebihh kurang 10 minggu selepas aku mendaftar, aku terpaksa memohon untuk menarik diri dari program pada 21/11/2012 lalu. dalam bahasa senangnya, AKU BERHENTI!sedihnya tak dapat diucap walaupun ada sedikit lega sebab tak perlu siapkan 6 assignment!dan sedih juga meninggalkan kawan-kawan yang baik seperti lai, revethy, thulasi, dhanam,aishah, amutha, salwa dan ramai lagi serta Encik zabidi yang sangat baik hati. keputusan ini aku terpaksa buat dengan hati yang berbelah bahagi kerana aku ni seorang yang mudah lari fokus dan kerana fokus aku kini bukanlah lagi master,jadi aku terpaksa berundur diri. Aku sangat berterima kasih kepada semua dan hanya tuhan yang dapat membalas kebaikan anda semua. Tak lupa juga warga SKBBS2 especially pentadbir yang sporting, GB Rosman dan PK1 Kak Zah kerana selalu memberi kebenaran untukku ponteng aktiviti hari Sabtu untuk membolehkan aku menghadiri kelas Stat, semoga allah membalas kebaikan anda dengan kebaikan jua. Tak lupa buat suami, yang bagi peluang umi belajar, menumpukan masa study dan juga peluang menghadapi traffic jams selama hampir 3 jam untuk pulang dari UM ke rawang,juga makcik atun yang bersabar dengan kerenah anak-anak, hanya ALLAH mampu membalas.huh, dah jadi macam ucapan dalam thesis ja padahal hanya 10 minggu!Tapi seriously aku sangat berterima kasih pada semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan anda semua!

Subscribe to:
Posts (Atom)
saat-saat pertama bergelar ibu

cinta hati pertama