finally apa yang aku takuti dah nak sampai. next week akan bermulalah sesi chemoteraphy aku. cuak,nervous,ketaq lutut, ghaplah jingga, semua ada. yang bestnya aku ada kawan, theva.kawan jauh pun ada, senior aku di Irshad,kyat juga akan menjalani chemotheraphy, tp off coursela dia di damansara specialist dan aku di selayang hospital.
semalam ( 22/1/2012) , aku ada appoinment dengan mr salah
( surgical) dan dr fadzlina( oncologist).both of them look happy with my wound yg kene infection itu hari dan said i can proceed with chemo, walaupun takut,tapi rasa lega pasal dah lehh chemo,aku dah xsabar nak habis rawatan dan meneruskan hidup seperti biasa,INSHA ALLAH!tapi sebenarnya rawatan ni masih panjang lagi, selepas 6 sesi chemo,akuu akan menghadapi 15 sesi radiotheraphy di HKL(sebab apa di hkl?sbb hkl ada radiotheraphy, selayang xde) dan makan ubat selama 5tahun.
basically chemoheraphy is treatment based on patient.setiap patient lain ubat yang diberi.aku kene amik ubat FEC75 selama 3x dan docetaxel 3x juga dan tamoxifen selama 5tahun. tamoxifen hanya diberi sekiranya laporan patologist menunjukkan sel tumor responsif kepada hormon estrogen dan progestron. aku tak boleh mengandung sama sekali, dr natasha(consultan oncolist uitm-hkl) berulang kali mengingatkan.sayu pulak rasa, nampaknya cik kerintinglah akan menjadi anak bongsu ku...
sebelum chemo ni,last week aku menjalani minor operation untuk memasukkan 'chemo port', lebih kurang macam tiub masuk ubatla, ditanam dibawah kulit. complicationnya aku rasa sakit bila nak inhale nafas, tp paling teruk bila aku penatla, rasa macam nak mati ja..huhu, maksud aku,semput.leher pun rasa panjang mcm leher angsa. hehe, cemacam aku nih.
so kawan-kawan, ada pernah dengar how to go thru chemo? yg plg doctor pesan, jangan pantang, KENE MAKAN!patutlaorg habih kemo gemuk,dipaksa makan rupanya.ya la, kalau xmakan cemana nak mengharungi kemo tu ye tak. kalau 2nd chemo nant , platlet count xcukup, chemo akan didelay.adus...lagila lambat habis!tp bab pantang ni aku cuba discipline,gula,susu,teh ,kopi, ayam ,daging ,sotong,ketam,xsentuh lngsung, ikan yg xsisik xmkn, tp kadang makan jugakla bila dah tadak pilihan.sayur,buah semua aku belasah(kecuali yang bisa-bisa).aku ada juga amik supplemen VEMMA( mangoesteen extract) tapi masa chemo dr xbg amik suplemen, rasional dia , we dont know the reaction between the med n the suplemen.
so kawan-kawan, mohon doakan allah memudahkan segala urusan saya ini.tq ya!
3 comments:
ya Allah moga urusan sahabatku Aida dipermudahkan dan Kau berilah kesembuhan pd penyakitnya..amiiiin
JZKK TN HJ AZIZI
semoga dipermudahkan segala urusan.. stay strong & take care..
Post a Comment