Saturday, February 2, 2013

pindah rumah

26 Januari 2013
alhamdulillah, akhirnya hasrat kami nak berpindah lebih dekat dengan SKBBS2 dikabulkan Allah. 2 minggu sebelum ni agak nervous sebab tarikh chemo dah dekat tapi Puan Lily(landlady) yang aku berjanji sejak bulan 11 napindah masuk masih belum memberikan kata putus. agak bersalah juga nak memaksa dia keluar,tapi alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya Pn Lily sendiri memberikan tarikh dia akan berpindah keluar 24/1/2013 dan kami masuk 26/1/2013. semua perjanjian berlalu secara online dan aku hanya berjumpa dengan Pn Lily pada 25/1/2013 untuk mengambil kunci. alhamdulillah walaupun tak pernah tengok bagaimana keadaan rumah, aku berpuas hati dengan kadar sewa yang ditetapkan.semua dah dekat, sekolah kebangsaan,sekolah agama, hospital, kedai so what more am I complaining. nak duduk berapa lama, itu semua hanya Allah sahaja yang tahu.terima kasih kepada suami yang sanggup menyewa,pada kadar sewa yg agak 'mabeles' jugak,untuk memudahkan urusan aku dan anak,hanya Allah mampu membalasnya. Terima kasih kepada sanak saudara yang membantu menyediakan lori, mengangkut barang, mengemas barang di rumah baru, yang tolong pakat-pakat mendoakan terutama mak dan mak mertua. Makcik aton terutamanya yang tak tido malam dekat 2 minggu pack barang. Seriously mula-mula pk impossible juga nak pindah dengan 3 budak kecik,satu cancer patient n only 2 individual who is fit(my hubby n makcik aton) tp alhamdulillah aku percaya pada kuasa doa kepada ALLAH yang Maha Esa, semuanya mudah sekali. sabtu pindah, ahad dah nampak macam rumah orang dah duduk lama. rumah yang ditinggalkan memang lom sempat kemas, nanti aku sehat sket insha allah. raya cina ni bolehla kot. alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah..maka nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan?









No comments:

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama