Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru

sejak mula mengajar pada 2004, nila hari guru yang paling sendu. menyambutnya dalam keadaan kesihatan yang sangat tidak menentu dan yang paling haghu, anisah juga memilih untuk demam untuk ketujuh harinya pada hari ini. Walaupun aku sebenarnya nak mengatur kaki pun xlarat ke sekolah(sakit tulang tu,hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu), tapi teringin juga tengok sambutan hari guru dan mengambil anisah pulang sebab aku tahu dia tak larat.jadila bagi dia p sekolah kejap bagi hadiah kat cikgu-cikgu dia.kesian adik, asik tak sehat je.selalu aku menyalahkan diri seniri kerana tak bagi tandem nursing dulu.kalau aku terus menyusu je dia dulu walaupun ada aifa, mungkin dia takla asik sakit seperti ini.ya allah, hanya kau mengetahui rahsia semua ini
balik sekolah, hantar muna ke sekolah agama,aku paksa diri bawa anisah ke hospital selayang buat blood test. memang dia dah macam kain buruk,baring ja..mak dia ni pun kalau boleh nak baring sama. setelah diambil darah dan diberi drip,kami menunggu result darah, hampir sejam juga.alhamdulillah bukan denggie, cuma viral infection, doktor tu tukar antibiotik sahaja.tolonglah ya allah,  engkaulah maha penyembuh,sembuhkanlah anakku ini. tak tertahan tengok badan kurusnya adik ni.aku sakit tak apa lagi, aku masih boleh bertahan,tapi si kecik ni sakit..kesiannya....kawan-kawan doakanla dia sembuh ya.


No comments:

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama