Monday, April 29, 2013

post chemo cycle5

salam readers.
harini dah masuk 7 hari post chemo cycle5.
alhamdulillah sakit-sakit badan dah hilang, macam biasa kalau dah chemo, dia punya segala macam sakit tu hanya akan reda pada hari ke 14 dan ke atas.
kalini hari ke3 yang aku takut tu sama macam chemo4, hari tido dan baring.
begitu juga hari 4 dan 5. seksanya time hari 5 tu sampai aku xtahu nak buat apa, baring sakit, tidur sakit, mandi sakit, nangis pun sakit!
yang lagi sedih suami marah, sayang dah tahu kan memang proses dia sakit cemana, u should have been prepared for this.this is already your fifth cycle for goodness sake!
aku memang kecik hati, aku sakit, keje nak makan, tapi takde org nak layan aku nak mentekedarah(haha...bhs kg aku dah kluaq)..nak masak bodoh2 laratla, tapi nak mi ketam,udang, sate?ni orang sakit ka apa?hadui...seriously you have to be strong, bukan sahaja fizikal,tapi internal..ur will factor. ur internal factor.hubby selalu cakap macam tu.
aku diam ja kena marah. suami dah tahu, aku kalau apa2 diam, lebih baik diam dari cari gaduh kan?sapa setuju klik like..eh,manada like kat sini
masa aku dok mentekadarah utk keberapa ratus kalinya masa tu(heran, badan xlarat,tapi asik lapar je), dia keluar. katanya nak gunting rambut. sekali balik,hehe,bawak balik MEE BANDUNG (walaupun bukan mi ketam/udang sg dua,tetapi tetap ada udang besar!).tapi aku xmakan. bukan sebab merajuk,tetapi sebab aku dah mentekadarah selaut sup tadi, perut dah rasa macam nak meletup. dan tahniah malam tu aku takleh tido sebab perut meragam.tula lain kali jangan merajuk ngan suami.terima kasih abang beli mi bandung, umi makan esok pagi je kay
day 6(ahad) tu aku dah bertekad.dari aku moping ja kat umah, baiklah aku berjimba-jimba. lagipun harini suami ada nak layan.walaupun nak mandi pun xlarat,aku paksa masuk bilik air mandi subuh-subuh, siap pakai baju jalan. abg misai heran, nak pi mana pagi2 buta ni umi?dengan selambanya aku jawab, jomla p mana-mana..dah xlarat dok rumah...(padahal dalam hati tu, cemanala aku nak jalan ni?)suami siap, first sekali p market.banyak x dia tanya,nak bawa wheelchair x?xpayah...org kuatla!aku p market, nak cari beet root, ubat kanser yang sangat xsedap.punya syok soping sayur,time bayar..mak ai RM44?adoi..anak2,minggu ni kita vegetarian ya...
pas p market, suami tanya nak p mana lagi?pesta buku nak?cehhhh...padahal diala awal-awal membunuh idea tu tiap kali aku ajak, sebab dia memang hate the crowd n aku pun sebenarnya xleh p tempat ramai orang.tapi sebab masa tu awal lagi, aku cakap why not?
so,pukul 9 kami dah sampai pwtc. shopping di bahagian legar dan dewan-dewan ditingkat bawah sebab tingkat atas lom buka. by the time tingkat atas buka, aku dah terduduk..baru sejam dah xlarat..so suami ajak balik.dapatla juga beli buku penawar kanser by ustaz luqman(less 15% jadi RM42.50) dan macam biasa bila p pesta buku, borong buku budak-budak murah-murah untuk menyemai sikap membaca pada diorang. cuma nak beli set ladybird untuk muna ja xcukup bajet(lagipun aku dah xlarat round nak cari)
balik rumah, masak. anak buah kesayangan syed amir datang lunch sama n lepas makan anak-anak tanya,umi,jom jalan-jalan.ha?
adoi...cemana ni, aku dah terpeleot atas sofa tu xlarat.budak-budak ajak jalan-jalan.
bagi umi rehat sat
sambil rehat sambil layan cd malam cinta rasul
so pas 'asar, suami suh aku drive p the curve.huh,mendera sungguh suamiku ini.tapi aku memang kena paksa kot,baru nak buat
dalam keadaan skt badan tu,merempit ke the curve(120km/j tetap maintain) dan duduk-duduk jap tengok movie fest kat ikano.ada tunjuk maskot-maskot filem yg budak-budak ni suka;the smurf,iron man(ni umi pun gaga...),monsters(lama gila movie ni)in university, tarzan dan ada pertandingan orang pakai cosume star wars, wolverine dan macam-macam lagi.pas duduk-duduk jap,beli dinner takeaway,kami pun balik.
so..sebenarnya, aku boleh je buat semua.aku kena kuat,takleh layan sangat sakit aku tu, walaupun sedey tgk muka pucat kesi, kening dah tak ada..macam harini aku dah start rasa ulser dalam mulut,so aku kena cari preventive action so aku xla asek komplen sakit ja...ubat semua doktor dah bagi.have to go thru all this smpi day 14 nant.just bear with my cerita lah ya sebab aku memang xleh mengadoi,merengek apa...aku cuma boleh menaip disini ja..oklah guys,gtg,my beet root juice is waiting (yikes...)

3 comments:

fareesha79 said...

neaida ko duduk mana?

Unknown said...

aida...awak sungguh bersemangat dan tabah....tetap ceria....

aida abdullah said...

husna..tenang2 air dikolam,jangan sangka tiada buaya...:))

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama