Saturday, December 15, 2012

MASTECTOMY

30 November 2012
Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Huhu, arini nak pergi check - in to Selayang Hospital. Pukul 5 pagi baru nak packing, biasala dah nama cikgu Aida, mesti kerja last minute. Baju,toiletries, buku(penting!), air zamzam dan yang tidak boleh lupa I/C dan GL(guarantee letter from school). Kalau takde GL, kena lah byr sendiri. Murah-murah pun government hospital tapi when it comes to operation,consultation,ward..huhu, banyak juga.
Selepas daftar masuk wad 9A, katil 17, nurse memeriksa BP, EKG, mengesan gula didalam darah dan diikuti oleh ujian darah untuk sel darah putih, hemoglobin, coagulation dan ada 2lagi aku xingat untuk apa. Kemudian Doktor Pratab pula datang menerangkan tentang prosedur yang akan dilakukan esok dan antara side effect yang akan datang dengannya, iaitu lymphedema( for more information you can read here).
Harini juga rasa macam reunion kecil puteri ex-ki spm 1996. Nurul Aini(5/6) , opthalmologist kat hospital selayang adalah teman setia, ruzie (5/6), rosliza (5/10), shikin (5/4), bushro (5/4) datang menziarah. Oh ya, smlmnya, izah(5/9) dtg dengan family menziarah dirumah tadikaku. Jadi dah macam reunion kecil. Dua doktor yang datang dr shikin dan dr bushro tolong buka cincin yang ketat ditanganku. Cincin yang dah 7 tahun tak dibuka. Alamat pasni simpanla cincin tu pasal dah xmuat.
Malam tu memang dah xlena tidur, nurse dah pesan awal-awal supaya bangun dan mandi awal esok pagi kerana 7 pagi dah nak masuk OT. Adeh, lgla xleh tido. Pukul 5 pagi dah terpacak bangun , mandi,siap-siap. Mulut tak putus-putus mengucapkan selawat syifa. Selepas solat subuh, mengadap abg misai yang setia, menulis semua no pin atm kad, no pin maybank2u, tempat-tempat bahan-bahan yang penting, insurans yang perlu dituntut if anything ever happens to me. Dulu bersalin pun xpernah buat mcm ni. Lepas tu mohon ampun maaf dari abg misai. Sedihnya masa tu tak dapat digambar dengan perkataan. Abg misai cuma mengalirkan air mata, tanpa berkata apa-apa. Hanya mata mampu berbicara. Sempat telefon mak, minta maaf dengan mak dan makcik atun. Berpesan juga pada suami minta smpikan salam pada semua saudara mara dan mohon mendoakan keselamatanku. I may sound 'over', tp sebab selalu teringat kakak kawan yang meninggal akibat kidney stone surgery complication,  sungguh, aku rasa memang hayatku setakat itu sahaja.
Masuk sahaja ke OT,pakar bius, dr Yuna dan Dr Ng dari pain klinik bersiap-siap untuk meletakkan ubat tahan sakit dibahagian kanan belakang(aku lupa nama dia apa), between my c3 and c4. Tangan aku dicucuk jarum untuk dimasukkan drip  dan meletakkan topeng gas. Aku sempat mengucapkan syahadah dan sebaik shj topeng gas diletakkan dimukaku, aku terus ghaib...tak sedar apa. Yang aku ingat doktor cakap jam dalam 8.30 pagi. 
Sedar-sedar sahaja, lampu-lampu OT dah tak ada. Aku berada di dalam bilik yang samar-samar. Aku mengangkat tangan kiriku (tangan kanan dan dada sangatlah sakit pada waktu itu), aku nampak kelibat dr Yuna, pakar bius datang dan bertanya, ok Noraida, apa yang you rasa sekarang. Aku menjawab antara dengar tak dengar, sakittttt . Terasa ada kahak besar di kerongkong yang menghalangku dari bersuara. Dr yuna bertanya lagi, ok, kalau 0 tu tak sakit, 10 tu sakit mcm nak bunuh orang, berapa you nak bg skor sakit you? aku hanya mengangkat 5 jari, sebenarnya nak angkat 10, tapi tgn kanan sangat sakittt. Pastu aku x-sedar  lagi. rasanya lama juga aku di recovery room.Oh ya, aku ada bertanya dr yuna pukul berapa dan dr yuna cakap waktu itu 10.30 pagi, jadi operation tu lebih kurang dua jam sahaja. Setelah asik sedar,xsedar, kira-kira pukul 12, aku ditolak keluar dari OT. dari jauh nampak jejaka berbaju biru bermisai melambai dari jauh. huhu, I MISS HIM..
Sampai di wad, takde ckp banyak,abg,sakittt..tolong baca YAASIN. Dengar bacaan yaasin baru aku leh tidur dan melupakan kesakitan. Lebih kurang pukul 6 petang aku merasa sangat haus, bangun-bangun tengok suamiku tiada, mungkin balik sekejap ke rumah mandi dan berjumpa anak-anak. Memandangkan aku takleh buat apa, aku hanya terkejip-kejip melihat sekeliling. Kak Norhana datang melawat tak lama kemudian, aku bolehlah bercakap sedikit-sedikit dan bila suami ku sampai, aku minta nak bertukar bilik kerana suasana yang agak bising di bilik tu. Nasib baik nurse nak layan kerenah cikgu aida yang banyak koree ni. Bila dah tukar bilik, bilik baru tu mempunyai 4 katil dan hanya ada aku seorang shj, maka terasa lebih selesa. Suami menolong memapahku ke bilik air. Eksen konon tanak kasi suami ikut, tapi dek hampir-hampir pitam, jadi terpaksalah suruh suami masuk ke bilik air juga. Selepas membersihkan diri sedikit, aku terbaring kepenatan. Baru masuk bilik air dah penat. Tapi lapar punya pasal dan suasana bilikku juga agak bising waktu itu kerana berdekatan bilik tv(org tgk piala affsuzuki,malaysia lawan indon), bangun juga dan berjaya menghabiskan 1 serving ubi kentang! huhu, baru puasa 24jam dah kebulur mcm tu. Macamana la org yang tak makan berhari-hari tu ek. Malam tu aku rasa aku tidur selena-lenanya seperti bayi dan begitu juga dengan abg misai.
Keesokan harinya, hari ahad, ramai saudara-mara, sahabat-sahabat sekerja, sepersekolahan dan ramai datang.  Aku memang xnampak macam org sakit pasal mulut x berenti- renti mengomel, yela kan, yang sakit bukannya mulut:). Tapi dah resmi cikgu aida, sakit tak sakit , mulut mesti ON punya,
Hari keempat, plaster dibuka, sekarang aku dah dpt tengok apa yang tinggal, sedih jugak, tp ini semua untuk kebaikan aku. Hari keenam, aku minta kat doktor nak balik, boringla xdengar suara anak, tv takde dan juga makanan hospital yang sungguh "sedap". Masa balik tu tegak je berjalan sambil mengusung drain bag, tapi terasa sangat jauh parking dan rasa nak suruh je abg misai tlg dukung ke kereta tapi semestinya itu adalah tindakan tidak masuk akal kerana in the end, abg misai bisa masok ospital kok! Sebelum meninggalkan hospital sempat berterima kasih kepada semua staf wad 9A yang baik hati , berjumpa patient-patient yang dikenali especially makcik fauziah sg besar yang mcm mak seniri, hari-hari dia datang menjengok aku dengan tazkirahnya, tq makcik, i SALUTE you!, makcik cleaner, adik tkg serve mknn; I luv u all!
Blk je rumah, rindunya ngan semua, mak,aifa,muna,adik,acik atun. Panjat tangga mcm dah kuat tp last- last aku terbaring je dirumah dari hari ke 7. Ada beberapa org rakan , saudara-mara dan jiran-jiran turut menziarah masa ni;tapi hari paling teruk iaitu hari follow up, hari ke10, aku demam. Doktor kata biasa, tp malamnya dek drain beg dah tercabut wpun tgh tido(betapa ganasnya cikgu aida), pegi juga hospital minta ubat. Doktor apatah nama dia (ensem ala2 Rain gitu) bagi aku antibiotik n PCM untuk meredakan demam dan yang seronok,dah xpayah usung drain bag tu. Setelah 2 hari demam, hari ke 12 pulak aku perlu menjalani ct scan.
Untuk maklumat lanjut mengenai CT scan , klik http://www.webmd.com/a-to-z-guides/computed-tomography-ct-scan-of-the-body
Aku perlu menjalani CT scan ini untuk mengetahui staging cancer aku sekarang. Keputusannya buat masa ini belum tahu, insha allah aku akan ceritakan dalam post yang akan datang. Semasa scan ini dilakukan ( aku melalui CT-TAP(thorax, abdomen, pelvis), aku diberikan ubat sebanyak 16 bj yang perlu dimakan 8 jam dan 2jam sebelum scan dilakukan. Ubat ini perlu dimakan kerana aku ada asthma. Yang syoknya slps mkn ubat punya byk tu, aku bangun tidur dalam keadaan macam mandi, basah dengan peluh dan badan rasa sejuk semacam. Lepas tu, happy semacam,emm, pttla org isap dadah mcm ni, aku br kena ubat 16 bj! Sampai di hospital kena plak minum air ubat yg rasa mcm coklat hacks hitam 2 cawan, iaitu selang 1/2 jam secawan. Kemudian ada juga ubat dimasukkan ke rektum dan seterusnya aku dibawa masuk ke bilik yang ada satu mesin macam donut besar (kenyang setaun makan donat ni!). Aku dibaringkan dan aku pun discan. Mula dibahagian thorax ( chest). Selepas tangan aku dimasukkan ubat melalui IV drip, aku discan dibahagian abdomen pula dan ubat ni rasanya panas sekali dan  selepas tu discan di bahagian pelvis. Selepas siap, aku dibenarkan keluar dan sempat berborak dengan seorang makcik yang telah menjalani dialisis selama 10 tahun.10 tahun?masha allah sabarnya makcik ni, dia kelihatan sangat gembira, ramah dan macam-macam cerita dia denganku. Suaminya juga ada menemankannya dan believe it or not; they are the most romantic couple i have ever seen. They are not rich, they are not healthy but yet they are so happy, so content with their life. Bayangkan menaiki motorsikal berulang alik selama 10 taun dari selayang ke serendah (lupa nak cakap, makcik ni xleh berjalan, cemana dia bonceng suaminya,it remains a mystery to me);wish me and abg misai could be happy like them in future insha allah.
Sebelum aku pen -off, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada suami tersayang, encik mazlan musa for being there when i neeed u most, mak yang datang menemankan makcik atun dan anakanak dirumah sehingga terganggu jadual pengajiannya, mak mertua, kakak -kakak, abang-abang, Nurul Aini yang menjadi astro on the go, kawan-kawan yang memberikan sumbangan,yang mendoakan, menziarah di hospital dan dirumah, staf-staf hospital dan semualah..hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya dan moga kalian semua dijauhi dari ujian seperti ini.ameen, ya rabbal alamin
ok folks, dah panjang ni,gerenti dah xlarat baca, see u in nxt post



breast cancer. read it here

http://www.breastcancer.org/risk/factors

http://www.plannedparenthood.org/health-topics/birth-control/birth-control-implant-implanon-4243.htm

http://besthealth.bmj.com/x/news/552294/news-item.html

Monday, November 26, 2012

DUGAAN

6/11/2012 Selayang Hospital
"If u ask my personal opinion, I think it is CANCER!", Dr Suraiya Ibrahim the radiologist memberitahu aku dengan terus terang, tanpa berlindung lagi. Suasana bilik Ultra Sound yang samar-samar tu terasa gelap buta masa tu. Terbayang-bayang 3 intan payung ku di rumah. Air mata dah mengalir laju di pipi, tapi aku tahankan juga pasal malu dengan dr Suraiya.
" Can U explain to my husband, doctor?" aku bertanya
"Your husband ada diluar?"
Doktor berlalu dan memanggil suamiku. En Mazlan Musa macho sahaja mendengar penjelasan doktor. Perasaan aku bercampur-baur sewaktu itu.
" Ok tomorrow, u come here and we are going to do mammogram and biopsy. Please come early"
Aku mengiyakan dan mengambil temujanji di kaunter. Keluar sahaja dari bilik tu, aku memeluk suami dan menangis sepuas-puas hatiku. Terduduk aku di kerusi melawan esakan. Orang periang macam aku ni memang susah nangis pasal diri sendiri, tapi kalau pasal orang lain, drama memang akuah juara!

Pada appointment yang lepas (30/10), general surgeon di Hospital selayang ,Mr Salahudin hanya memberikan keputusan 50-50 walaupun dimatanya seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.Melihat susahpayahnya mencarikan tarikh tercepat untuk aku melakukan ultra sound membuat kan aku seharusnya sudah sangat-sangat bersedia untuk menerima berita ni. Aku sangka kan aku ini seorang yang kuat, tapi hari ini aku rasa semua kekuatan aku sudah hilang begitu sahaja.Ya allah, besarnya dugaan ini..
Aku merasakan ada ketulan ini sebenarnya dari awal 2012 lagi, tapi disebabkan kealpaan, sikap tak apa aku menyebabkan aku menangguhkan berjumpa doktor sehingga aku terbaca buku Bukan Sekadar Resepi oleh Roza Roslan yang menyebut mengenai adiknya, Ayu yang meninggal kerana barah payudara. Terima kasih Allah atas gerak hati ini. Bila diceritakan kepada suami, dia ‘mengheret’ ku ke klinik berdekatan rumah dan Doktor Siti Khadijah membuat surat rujukan ke Hospital.
Pada mulanya, bingung juga nak ke mana, terima kasih kepada kawan-kawan di group FB Ex Puteri KISAS yang banyak membantu seperti Dr Nurjasmine Aida, Dr Hafizah Nurain dan ramai lagi yang tersebut di sini. Pergi ke hospital merupakan tindakan yang MESTI dilakukan walaupun aku sebenarnya SANGAT TAKUT untuk menerima kenyataan.
Keesokan hari nya ( 7/11/2012), aku menjalani mammogram dan biopsy. Mammogram ni layman termnya ialah x-ray untuk breast. Semasa mammogram, dr akan mengepit breast dari pelbagai angle untuk mendapat gambaran jelas tentang breast anda.Memang sakit,tapi sekejap sahaja.Walaubagaimanapun kalau mengandung mungkin agak merbahaya dan aku kurang pasti kalau mengandung apa yang perlu dibuat. Masa mammogram inilah aku melihat ketulan sebesar hampir 3.7cm di payudara kananku. Jika mengikut saiz, keadaan barahku adalah baru di tahap kedua  Dibahagian lymph nodes di ketiak juga nampak membesar. Mengikut  Dr Suraiya, lymph nodes di ketiak akan membesar sekiranya terdapat sebarang jangkitan atau sakit. Dia bertindak seperti security gate kepada semua penyakit. (Correct me if I am wrong). 
Selepas itu aku berbaring di atas katil dan Doktor Suraiya dan 3 orang radiographer serta seorang doctor membuat biopsy terhadap kedua-dua payudaraku.Biopsi ini ialah dia mengambiil tisu pada ketulan dan dianalisis oleh pathologist untuk mengenalpasti apakah sel itu adalah kanser(malignant) atau tidak(benign).Setelah itu aku dibenarkan pulang dan aku diberi MC selama dua hari. Semasa pulang dari mammogram, suamiku membawa kami semua pergi membelibelah. Aku tahu suamiku cuba untuk menghilangkan segala kerisauan di benakku. Tapi malangnya dia tak begitu berjaya. Tiga hari tersebut merupakan antara the worst day in my life. Aku menangis, tido,bangun,menangis, tido, tengok tv (tp sebenarnya menangis). Assignment mastersku yang berlambak-lambak langsung tak ku sentuh. Seriously aku rasa macam aku lah orang paling malang dalam dunia sewaktu itu.
Pada hari Jumaat(9/11), hari terakhir di sekolah aku menangis lagi, orang menangis sebab 3 kawan-kawan berpindah dan seorang bersara tapi aku menangis sebab lain. Rasa sangat-sangat sedih walaupun mak,abang,kakak dan suami tercinta tak putus-putus memberikan semangat.
Suamiku tidak putus-putus menceriakan aku dengan  pelbagai cara. Kami ke Taiping untuk menghadiri pertunangan anak saudara kesayanganku, Syed Amir. Ahad kami ke Low Yat, memborong unnecessary gajet,aku gembira,  tp aku kalah bila di tikar sejadah. Solatku pasti bersulam tangisan. Susah sungguh aku menerima kenyataan
Sambil-sambil aku mencari jurnal online untuk assignment ku, aku juga mencari maklumat mengenai kanser payudara. Kadangkala aku rasa menyesal membacanya kerana ia lebih menakutkanku tapi pada masa yang sama aku sedar aku perlu tabah menghadapi semua ini kerana my three little angel- Muna, Anisah dan Aifa.
Walaupun maklumat hanya di hujung jari, sebanarnya aku sedikit terubat apabila kawan-kawan, saudara mara memberikan sokongan yang sangat padu padaku, macam-macam nasihat dan aku menyedari sebenarnya di Malaysia ini sahaja, dalam setiap 20 wanita, 1 wanita akan menghidapi breast cancer. 5% of total woman population and many of them recover after treatment. Boleh kata ramai yang aku beritahu mengenai kondisi aku mempunyai saudara terdekat/kawan yang mempunyai kanser payudara. So, its not rare. And it can be CURED! Now I remember dr Suraiya said, u are still curable (she had a stage 4 breast cancer patient before and the patient is only 27!)
Now I'm getting more positive. Inshaa Allah, walaupun ada saudara dari sebelah birasku yang meninggal tapi persamaan kebanyakan yang meninggal ialah mereka sudah ditahap terakhir semasa diagnosis dan mereka memilih untuk alternative treatment. Suami aku yang agak fobia mendengar perkataan breast cancer ini (kerana birasku itu)  awal-awal lagi telah mngingatkanku, kita remove sahaja; tak payah pikir banyak;oh..he is a man, and he never understands me.  Breast is very important for feminity but in my case its BREAST or DEATH!

16/11/2012
Today is my judgement day. Although I already know the answer, but I still want to hear the result. Unfortunately Mr Salahudin is not around, so we meet a very young MO who shows no symphatic at all. Although it is not your illness,but please show some empathy to your patient doctor, you are still a long way to be a very good doctor. Instead of entertaining my questions, his GNote(sedihsedih pun sempat lagi in awe bila tgk hp dia!) keep buzzing and disturbing our session.However he manages to trace dr salahudin and ask him what option of surgical treatment that I have to do.
1)lumpectomy(buang ketulan), lymph nodes di ketiak followed by radiotheraphy
2) mastectomy right breast , lymph nodes di ketiak
Chemotherapy akan ditentukan berdasarkan lump/breast yang akan dibuang yang akan dianalyse. Sekiaranya oncologist(pakar bahagian kanser) mendapati kanser dah merebak ke tempat lain(nauzubillah), maka aku akan di chemotheraphy. Sebelum itu chemotheraphy ialah systemic, maksudnya,ubat akan dimasukkan kedalam saluran darah dan akan pergi ke seluruh badan. Kesan-kesannya agak severe seperti panas, tak boleh tido, gugur rambut, bergantunglah kepda badan pesakit manakala radiotheraphy ialah sinaran radio terhadap tempat yang cancerous  dan kesannya cuma local/ tempat itu sahaja.
Doktor tersebut memberikan kami masa sehingga 20/11/2012 untuk memilih 1 atau 2 dan appointment seterusnya pada 20/11. Balik appointment, apa lagi, menangis..tambah pulak dengar cd OPICK. Memang hujan je masa ni> Budak-budak pun siap datang peluk umi masa solat sebab time solatla umi nak nangis sangat.
Kakak-kakakku memberi cadangan membuat operation di HKL atau hospital swasta. Aku pun pening, setelah aku buat istikharah, insha allah itulah pilihan aku akhirnya
So its going to be pilihan ke 2 dan di selayang sahaja.

 20/11/2012
Kami bertemu dengan Mr Salahudin, dia memberikan penjelasan panjang lebar tentang pilihan kami, prosedur rawatan selepas ini dan juga memberikan opsyen untuk berpindah ke Putrajaya.HKL is not advisable sebab terlalu ramai dan Putrajaya merupakan hospital kerajaan yang paling lengkap untuk brest cancer treatment. Tapi memandangkan lokasinya yang jauh, kami memilih untuk membuat di Selayang sahaja. Beliau mencari tarikh yang terdekat, pilihan pertama 26/11 atau 1/12 dan kami memilih 1/12.aku akan masuk ke wad 30/11 dan akan menjalani pembedahan pada pagi 1/12 insha allah.
Kepada sesiapa yang membaca ini, doakan saya akan selamat dan kuat untuk menghadapi treatment-treatment seterusnya. Suami saya selalu mengingatkan bahawa ALLAH memilih saya dari berjuta-juta orang kerana saya istimewa dan saya harus bersyukur dengan ujian ini. Doakan ya!

Friday, November 23, 2012

sarjana

salam semua
dah lama xmeghapu di blog ni.rugi juga tak menulis sebab dah tua-tua ni,memory dah tak se'fresh' dulu.benda yg jadi semalam pun susah nak ingat, apatah lagi benda yang dah berbulan-bulan. sejak Jun haritu agak sibuk dengan macam-macam benda. biasalah bila dah kerja, kerja kat sekolah xpernah habis, bawak balik umah pun x habis-habis. tu pun, bab marking buku, aku selalu lambat-lambatkan. yela,marking sebiji pun dah rasa berat mata:).
ok, ape ek nak cite, oh ya, bulan 9 2012 aritu, aku telah mendaftar as postgraduate student di Universiti malaya. My oh my, dah 10 tahun meninggalkan dunia kampus dan bila masuk balik ke UM terasa amat bangga sekali kerana dapat menjejakkan kaki ke lembah ilmu yang sangat ulung di Malaysia. Dari keluar UKM dulu dok menyimpan perasaan nak sambung Masters. dulu dapat offer buat SM Kejuruteraan, tapi ayah xkasi, ayah suruh kerja dulu. Bila dah kawin,beranak pinak, minat masih xhilang, minta juga di UTM, kelas hujung minggu, tapi xdpt-dpt, alasannya cuma 5 orang yang memohon, tidak berbaloi untuk dibuka kelas.akhirnya taun ni, saja test isi Masters UM, sekali isi je dapat!Alhamdulillah< dapat 2 plak tu! Sarjana Pengurusan Pendidikan dan Sarjana Matematik dengan Teknologi Maklumat> walaupun Maths tu pujaan hati, tapi bila tengok,thesis 40 credits aku rasa nak pengsan!masa degree dulu, thesis 6 unit pun aku hampir sangkut, ni kan pula 40 units!seriously aku suka belajar, tapi bukannya researcher yang rajin!
Akhirnya 3/9 aku mendaftarkan diri di UM dengan yuran hampir RM3k dengan bantuan dari abang misai. Tak prepare langsung ni, jadi belajar sambil bekerja. bab belajar memang seronok walaupun penat sebab kelas 3-6 setiap khamis, jumaat dan 8-11 sabtu. setiap khamis,anak-anak dipontengkan sebab umi xsempat nak balik hantar anak dan ke UM, hari Jumaat sempat balik,mandi, solat dan ke UM balik, lunch tu memang sambil drivee jela,jadi mkn je apa yang sempat tangkap!tapi seronok. Belajar benda-benda yang worlds apart from what I learn during my degree memang susah. dulu aku rasa management macam kacang, tapi time buat assignment,masha allah...rasa nak demam, malas nak ke mana-mana. Assignment pulak 70% dari markah keseluruhan, jadi memang kau-kau punya buat assignment.Aku pulak bab mengarang ni memang fail,jadi memang rasa nak nangis , nak demam semualah!Tapi dalam kesusahan-kesusahan itu aku banyak belajar benda yang baru, belajar speed reading,sbb nak baca jurnal yang berjuta tu, belajar cr jurnal guna google scholar,kemudian import ke End Note. Subjek kegemaran aku pula Statistic for research. Bagi aku setiap kali kelas Statistik pada hari Sabtu tu rasa macam makan Tutti Frrutti, masha Allah seronok sangat kelas tu. Prof Madya Sharifah Norul Akmar memang superb n she is a very good teacher!Bila mid sem haritu aku dapat 17/20 memang rasa seronok walaupun I believe I should have scored 20!
Malangnya panas yang ku sangkakan sampai ke petang , hujan di tengah hari. Lebihh kurang 10 minggu selepas aku mendaftar, aku terpaksa memohon untuk menarik diri dari program pada 21/11/2012 lalu. dalam bahasa senangnya, AKU BERHENTI!sedihnya tak dapat diucap walaupun ada sedikit lega sebab tak perlu siapkan 6 assignment!dan sedih juga meninggalkan kawan-kawan yang baik seperti lai, revethy, thulasi, dhanam,aishah, amutha, salwa dan ramai lagi serta Encik zabidi yang sangat baik hati. keputusan ini aku terpaksa buat dengan hati yang berbelah bahagi kerana aku ni seorang yang mudah lari fokus dan kerana fokus aku kini bukanlah lagi master,jadi aku terpaksa berundur diri. Aku sangat berterima kasih kepada semua dan hanya tuhan yang dapat membalas kebaikan anda semua. Tak lupa juga warga SKBBS2 especially pentadbir yang sporting, GB Rosman dan PK1 Kak Zah kerana selalu memberi kebenaran untukku ponteng aktiviti hari Sabtu untuk membolehkan aku menghadiri kelas Stat, semoga allah membalas kebaikan anda dengan kebaikan jua. Tak lupa buat suami, yang bagi peluang umi belajar, menumpukan masa study dan juga peluang menghadapi traffic jams selama hampir 3 jam untuk pulang dari UM ke rawang,juga makcik atun yang bersabar dengan kerenah anak-anak, hanya ALLAH mampu membalas.huh, dah jadi macam ucapan dalam thesis ja padahal hanya 10 minggu!Tapi seriously aku sangat berterima kasih pada semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan anda semua!

Tuesday, June 19, 2012

MATI ITU PASTI,TAPI KENAPA AKU SENTIASA LALAI?


 Ustaz Zahazan Mohamed's status.
3 hours ago
Hasan Basri ditanya : Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab : aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal salih. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dlm maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, krn itulah aku selalu menambah bekal utk hari pertemuanku dengan ALLAH..

melihat ibu mertuaku yang sakit,mengingatkan aku pada saat-saat terakhir ayah.dan airmata ini melimpah lagi,berjurai-jurai
ya allah, ampunkanlah dosaku,dosa ibu baapaku,ibu mentuaku sebagaimana mereka menjaga kami sejak kecil dahulu.tempatkanlah kami di kalangan yang bertakwa dan berilah kami peluang berbaakti kepada mereka hingga ke akhir hayat mereka.amin,ya rabbal'alamin

Wednesday, June 6, 2012

cuti sekolah end 2011

entry ditulis 31/11/2011
cuti sekolah ni memang antara aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu.baik budak-budak or guru-guru. bagi aku nilah masa nak melepak sket kat umah, main ngan anak-nak n membuat hobi2 aku yang xdapat dibuat semasa musim persekolahan.
orang selalu perg bercuti di waktu cuti sekolah. aku ada jugak pergi,biasanya x-lama sebab bercuti ngan budak-budak memang xmacam bercuti:).lagipun selalunya time cuti aku ajak suami balik kg je memandangkan kami jarang balik kg dek keBZan cik abang ngan kerja dia. adala aku pernah bwk budk2 p cameron highland,bukit merah dulu.lps tu kami dah xpernah p mana. duit pun banyak nak guna kalau g bercuti.oleh kerana $$ dan masa,jadi memang jrgla pergi mana-mana.cuti kali ni pun aku tak pergi mana. nak minta izin blk kg je ngan anak-anak pun kesian juga dengan suami.takpelah,aku pun dapat dah jumpa mak beberapa kali kebelakangan ni.
first skali aku nak berehat secukupnya(hehe).yang paling penting menyiapkan kerja-kerjaku yang banyak tertangguh. selain kerja sekolah, kerja-kerja rumah pun ada juga nak dibuat. walaupun punya pembantu,ada beberapa bahagian di dalam rumah aku je yang kemas.
I also want to catch up on my reading. My husband and I love to buy books. But to read it is a luxury that both of us can only occasionally afford to do. I have long list of reading materials and I just finished A Doctor in The House(800 pages and took me 1 month to finish!)
buku -buku yang masih menanti untuk dibaca

  1. aku terima nikahnya, trilogi
  2. selamat pagi cikgu!
  3. buku-buku agama dekat 10 biji
doakan aku dapat habiskan sebelum cuti habis!

TIPS MENDAPAT KENIKMATAN DALAM HIDUP

TIPS MENDAPAT KENIKMATAN DALAM HIDUP

  • seseorang yang melihat kebaikan dalam setiap perkara mempunyai fikiran yang baik
  • mempunyai fikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dalam hidupnya
  • view your life as half full, not half empty
  • bersyukur pada sekecil-kecil perkara,kerana padanya ada kenikmatan,walau sebesar zarah

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama