Wednesday, January 23, 2013

chemotheraphy

finally apa yang aku takuti dah nak sampai. next week akan bermulalah sesi chemoteraphy aku. cuak,nervous,ketaq lutut, ghaplah jingga, semua ada. yang bestnya aku ada kawan, theva.kawan jauh pun ada, senior aku di Irshad,kyat juga akan menjalani chemotheraphy, tp off coursela dia di damansara specialist dan aku di selayang hospital.
semalam ( 22/1/2012) , aku ada appoinment dengan mr salah
( surgical) dan dr fadzlina( oncologist).both of them look happy with my wound yg kene infection itu hari dan said i can proceed with chemo, walaupun takut,tapi rasa lega pasal dah lehh chemo,aku dah xsabar nak habis rawatan dan meneruskan hidup seperti biasa,INSHA ALLAH!tapi sebenarnya rawatan ni masih panjang lagi, selepas 6 sesi chemo,akuu akan menghadapi 15 sesi radiotheraphy di HKL(sebab apa di hkl?sbb hkl ada radiotheraphy, selayang xde) dan makan ubat selama 5tahun.
basically chemoheraphy is treatment based on patient.setiap patient lain ubat yang diberi.aku kene amik ubat FEC75 selama 3x dan docetaxel 3x juga dan tamoxifen selama 5tahun. tamoxifen hanya diberi sekiranya laporan patologist menunjukkan sel tumor responsif kepada hormon estrogen dan progestron. aku tak boleh mengandung sama sekali, dr natasha(consultan oncolist uitm-hkl) berulang kali mengingatkan.sayu pulak rasa, nampaknya cik kerintinglah akan menjadi anak bongsu ku...
sebelum chemo ni,last week aku menjalani minor operation untuk memasukkan 'chemo port', lebih kurang macam tiub masuk ubatla, ditanam dibawah kulit. complicationnya aku rasa sakit bila nak inhale nafas, tp paling teruk bila aku penatla, rasa macam nak mati ja..huhu, maksud aku,semput.leher pun rasa panjang mcm leher angsa. hehe, cemacam aku nih.
so kawan-kawan, ada pernah dengar how to go thru chemo? yg plg doctor pesan, jangan pantang, KENE MAKAN!patutlaorg habih kemo gemuk,dipaksa makan rupanya.ya la, kalau xmakan cemana nak mengharungi kemo tu ye tak. kalau 2nd chemo nant , platlet count xcukup, chemo akan didelay.adus...lagila lambat habis!tp bab pantang ni aku cuba discipline,gula,susu,teh ,kopi, ayam ,daging ,sotong,ketam,xsentuh lngsung, ikan yg xsisik xmkn, tp kadang makan jugakla bila dah tadak pilihan.sayur,buah semua aku belasah(kecuali yang bisa-bisa).aku ada juga amik supplemen VEMMA( mangoesteen extract) tapi masa chemo dr xbg amik suplemen, rasional dia , we dont know the reaction between the med n the suplemen.
so kawan-kawan, mohon doakan allah memudahkan segala urusan  saya ini.tq ya!

Theva

"kak aida, kak aida rasa saya boleh selamatke?", masih terngiang-ngiang soalan tu di telingaku.macamana mulutku ini ingin meyakinkan dia sedangkan aku sendiri tidak yakin tentang nasibku?masha allah, susahnya nak bagi keyakinan pada orang.
Theva, seorang ibu,juga punya anak tiga sepertiku,berasal dari Lukut, Port Dickson. Pertama kali aku bertemunya pada 18/12/2012, tarikh kali kedua aku masuk ke wad. Kali ini aku masuk sebab ada post-operation infection. Patutla aku asik demam ja sejak operation, rupanya disebabkan 'keganasan'ku yang telah memputuskan talian drain beg ku, telah menyebabkan cecair yang sepatutnya keluar tetapi bertakung didalam dan jadilah jangkitan. Mr salahudin dengan senang hati memotong kembali luka pembedahan untuk mengeluarkan semua nanah dan cecair yang bertakung dan dimasukkan ke wad untuk observation. Sekali lagi, wad 9a menjadi rumah keduaku.
Sewaktu pendaftaran di wad, aku melihat seorang wanita india, sangat kecil tubuhnya( rasanya saiz badanku 3x ganda saiznya), sedang mendaftar, mukanya sangat sedih sekali dan aku terdengar dia bercakap kepada jururawat untuk menjalani 'mastectomy' pada keesokan harinya. Rupa-rupanya kami sebilik, bila berpeluang aku pun bertanya dan maklumlah dah 'senior' 18hari, aku ingat lagi perkataan pertamaku padanya, jangan sedih-sedih,no use to cry
( chewaahhh, berlagak sungguh cikgu aida). bermula dari tarikh itu kami jadi bff sebab kami punya nasib yang sama, kanser, anak 3, baru shj operate dan soalan di atas ditanya setelah hampir sebulan, ssetelah dia mendengar keputusan CT scannya, rupanya dia jauh lebih advance dari ku. sudah hampir ke stage 4.masha allah.a.ku pikir,aku yg teruk,ada lagi yang lebih teruk. aku hanya mampu menasihatinya supaya jangan give-up, kita perlu bersama-sama hadapi ini.
sekarang aku tak punya alasan untuk menangis , kecewa lagi. dibanding theva,aku punya segala. dia punya suami yg asik menangis, suamiku tak pernah menitik walau setitik airmatanya lagi,katanya buat apa abg menangis depan sayang, buat syg lg susah hati. kanserku baru ditahap2, dia sudah hampir ke 4 dan aku punya ALLAH, tuhan sekalian alam, berkuasa menghidupkan dan mematikan. aku xpatut merasa akulah yang paling tidak mendapat keadilan didunia ini. theva, i wish both of us will heal together, watching our children grow together n fighting to the end!semoga dia juga mendapat hidayahNya.satu soalan dia yang masih ku ingat smpi arini, akak dekat mekah tu ada black stone kan, nama apa?(aku jawab Kaa'bah), why all moslem pray towards kaabah?aku xtahu la dia nak menguji atau nak tahu, tp harapnya jawapanku memuaskan hati dia dan mendekatkan dia pada Islam. wallahu a'lam

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama