Wednesday, October 21, 2009

bestari




alhamdulillah selepas cuti raya lepas, saya berpeluang mengikuti kursus bestari sekolah ambilan 3/2009 di institut perguruan malaysia kampus bahasa antarabangsa, lembah pantai. kursus ni mengambil masa 8 minggu, 4 minggu di sini dan 4 minggu praktikal di sekolah (hmm...praktikal lg..brp kalila aku nak praktikal sepanjang hidup ni).

sepanjang kursus ni takdelah aku belajar kemahiran it yang dahsyat sangat..adela few software yang sesuai untuk mengajar di sekolah..tp the biggest regret ialah aku ni dah tak seupdate dulu bab2 kemahiran it ni..agaknya nilah pengorbanan yang aku terbuat disebabkan tak amik pot sangat hal sekeliling sejak ada babies ni...

bercakap pasal baby, memang sedeh sangat nak tinggal aifa(my 5mnths-old baby) lama-lama.6.50pg biasa aku dakuar umah, blk umah plg awal pkl 5, depend on ktmb commuter service, plg lbt aku penah blk dkt 6.30 ptg..kalau org keje opis memangla dah biase..tp bg aku yg biasa keja smpi 2 ni, sedey sgt tgk aifa..dkt 10 jam die duduk ngan cik atun..luckily kali ni ALLAH bg peluang untuk aku exclusife breastfeed dia..tp mencabar jgk, mula2 kursus, peti ais penuh susu, skrg ni tinggal 2/3 btl je sari pasal aku cuma bleh express susu skali je ms time lunch n dia plak makin besar, 10 jam dekat 12 oz minum susu...adusss...ya allah, berikan ku kekuatan

ok, back to kursus bestari, first week bg aku sgt boring, nothing much to do except listening to lectures, main internet pun wi-fi ipba ni ada firewall, tu xleh masuk, site ni xleh masuk..yg best ms first week ni ialah masa lawatan g sk sri bintang selatan(one of pioneer bestari school in malaysia) n btp kat bukit kiara(btp-bahagian teknologi pendidikan)

2nd week aku rasa happening sket pasal hubby tercinta dah subscribekan broadband kat aku..hehe..apa lg..dunia tanpa batasanla..masa nila aku br kenal facebook..pdhal sblm ni tahu, tp malas nak main internet,maklumla,pakai dial up je..lembab gila..

by 3rd week aku dah mula rasa tensen,keje byk..pastu kat sek pun keje byk..smm la, budak2 nak peksala, hari kantinla..anugerahla..dan macammacam lagi..masa ni pun aku dah mulasibuk uruskan pasal umah aku kat rawang, insha allah bulan depan nak pindah

so, by the time aku blog ni, aku dah masuk 4th week, presentation dah lepas, tinggal nak edit ape yg kene tegur ngan lecturer n pk ape plak nak wat sek..ya allah, mudahkan segala urusan..

all in all, aku harap semua yg aku dpt kat sini dapat aku manfaatkan untuk anak2 muridku nant, xkirala walau di mana aku akan bertugas nanti(hopefully dekat ngan umah rawang)..

Wednesday, October 7, 2009

12 purnama sudah berlalu


hampir setaun aku tak update blog ni
dan setaun jugak ayah dah pergi
dlm masa menangisi pemergian ayah tu, aku melahirkan seorang insan ke dunia
4 purnama yang lalu
kekangan masa, kerja dan ketiadaan akses
sekolah yang kini menjadi satu sesi membuatkanhidupku bertambah sibuk skali
ayah, skalipun setaun ayah dah takde, xpernah cek lupa kat ayah
walaupun kubur ayah tak diziArahi raya lepas, tp alfatehah dan doa tak putus untuk ayah
allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhum kama rabbayana soghira, birahmatika ya arhamarrahimin..

Monday, October 20, 2008

pesanan dari roh

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan c intan ya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, October 14, 2008

forward daripada email

mungkin ada yang dah baca tetaapi tak salah sama-sama mengingatkan bukan?

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI!!!!!!!

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah
menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.."Murid- murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid-murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam...Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Monday, October 13, 2008

Tuesday, October 7, 2008

lirik lagu mawi

"ayah...aku rasa sunyi..
sejak kehilanganmu di dunia ini..
di saat ku meniti..kejayaan ini..

ayah..aku menyanjungi..
jasamu yang terlalu agung buatku,
tak daya membalas jasa dan budimu..

tanpa kamu,hilanglah haluan hidupku..
terasa siksnya di jiwa ini..
tak dapatku membalas jasamu di dunia ini..

di pagi raya
ku pohon kan kemaafan
keinsafan
ku doakan
agar rohmu
dicucuri rahmat ILLAHI
oh ayah..."

Tuesday, September 23, 2008

sakaratul maut

bismillahirrahmanirrahim
setelah seminggu berlalu, saya memberanikan diri untuk menulis
kali ini saya menulis di dalam bahasa melayu kerana saya tidak yakin penguasaan bahasa inggeris saya dapat melahirkan apa yang ingin saya tulis

seperti posting saya sebelum ini, saya ingin menceritakan mengenai detik-detik terakhir bersama ayah tercinta yang tidak mungkin ssaya dapat lupakan selagi hayat masih ada

hari isnin lepas 15 september, pukul 12.00 saya datang ke sekolah seperti biasa. sebelum itu 'berlabuh' dulu dengan k.sariah, babysitter sambil k.zu mengukur badan muna n munawwarah untuk dibuat baju kurung hari raya. selepas itu saya ke sekolah dan trus masuk ke kelas, sempat juga menyapa k.nani kerana label yang diperlukan untuk hadiah blum lagi saya gunting. saya berjanji akan menyerahkannya setelah digunting.

baru saja aku menyuruh anak-anak 2Murni membuka buku latihan untuk ulangkaji, handphone ku berdering. seprti biasa aku membiarkan telefonku berdering dan aku menelefonnya semula setelah aku siap memberikan arahan kepada anak-anak muridku.
melihat caller's list, nama Kak Mi tertera..ishk, kenapa call siang2 ni, aku takde pun order tupperware, aku mengomel sambil mendail semula nombornya. 2-3 kali juga telefon, baru diangkatnya, tiada kedengaran suara, hanya kedengaran tangisan...eda, ayah sakit kuat..sambil teresak-esak kak mi menangis. aku tenang. 'ayah sakit apa?'tanyaku selamba." tadi kak ana telepon, mak dah panggel org baca yasin"kakakku menjelaskan sbl tersak-esak. "kak mi tak buleh ckp banyak ni, nak tipon abg ismail ajak balik". aku lepak lagi..pastu, aku dpt msg dr kak ijah. kakak aku yang di qatar tu pun sound panic. aku hantar sms pada suamiku, ayah tenat, mak dah panggil baca yasin. aku relax lagi. kemudian sumiku menelefon, 'ok, jom kita balik, pack barang, amik anak, tunggu abg amik". my heart start to sank. aku bergegas keluar, menuju ke bilik guru besar, air mata mula mengalir. sepanjang perjalanan abg nan dan kak liza plak talipon, aku hanya menangis dan cakap ' nak balikla ni'...
sampai di pejabat, tangisan dah jadi raungan, aku menerjah masuk ke bilik guru besar walaupun beliau beliau mempunyai tetamu dan meminta maaf serta memohon pulang awal utk menzirahi ayah aku. sambil teresak-esak, aku meminta gb membenarkan dan alhamdulillah gb membenarkan. setelah memaklumkan kepada penyelia petang, aku trus mengambil barang di kelas dan menuju ke rumah k.sariah untuk mengambil anak-anakku
sepanjang perjalanan ke rumah, aku menagis tresak-esak , muna melihat sahaja aku menangis.. dia hairan agaknya, selalu waktu balik sekolah, aku akan bercloteh ngannnya..
sampai umah kemas apa yang patut, tengah basuh periuk suamiku sampai, " dasiap?"" umi lom semayang" jawabku. "ok, p semayang pastu angkut barang, abg basuh periuk,"suamiku memberi arahan.memang aku kna angkat barang, kalau x mesti ada yang tinggal, aku berfikir.
sepanjang perjalanan, aku hanya membisu, skali-skala berborak dengan sumiku untuk menghilangkan mengantuknya, dalam hati aku berdegup pantas berfikir mengenai keaddan ayah, skali-skali ada mesej masuk dr abg zedi memberitahu tentang keadaan ayah yang makin stabil.tak sampai ipoh lg hp ku sudah mati. aku mula tidak senang duduk, pecutan suamiku ku rasa seperti menaiki basikal sahaja. alangkah bestnya kalau masa ni aku ada jet.- 23/9/08

saya terpaksa menangguhkan coretan kerana air mata tidak berhenti-henti mengalir..
sampai saja di rumah, saya melihat ayah terbaring di atas katil di ruang tamu, mak mengeluarkan ayah dr biliknya untuk memudahkan saudara-saudara dan sahabat-handai yang ingin melawat.bagai tidak ku percaya melihat ayah, ayah kelihatan antara sedar dan tak. emak memanggil, abg, eda balik ni, aku menggenggam tangannya, hangat, namun tiada sebarang tindak balas, matanya jugak tidak terbuka...ayah tidur barangkali, emak mengisyaratkan aku berbisik di telinga ayah, ayah, cek balik( bahasa manja org utara)..hiba rasanya hati melihat ayah tidak berkata apa-apa, cuma matanya berkedip-kedip..tidak lama aku di sisi ayah kerana muna mula menanges, aku pun hairan, dr balik td asek menanges..agaknya dia pun paham tok ayah nya tak sehat..aku memandikan dua-beradik dan menyiapkan mereka dngan pakaian tidur. setelah selesai solat asar, kudukung anisah ketepi ayah semula. sambil mendukung, sempat jugak aku menggeletek, ketawa dia berdekah-dekah. tiba-tiba kulihat ayah tersenyum , agaknya mendengar ketawa anisah..dihulurnya tangan ingin memegang anakku..kuletakkan ditepi ayah sebentar untuk ayah menusap-usap dan kuangkat semula setelah anisah mula berbunyi, anak manjaku tu memang tak mahu berenggang langsung denganku
aku mula menolong kakak iparku menyiapkan ifthar di dapur.usai solat maghrib,ku capai quran dan membaca quran di tepi ayah. hari itu hari ke 15 ramadhan dan aku baru di juzuk 15. sambil mengaji sambil aku melihat ayah. ayah tenang, tidak tidur, tp mungkin antara sedar tak sedar..
tak lama kemudian keluarga kmi, kliza dan abg nan sampai. aku memberi laluan kepada mereka dan naik menunaikan solat isyak dan terawekh. setelah menidurkan anak, ku turun semula, menyambung bacaanku sehingga tengah malam. sepanjang mengaji aku berdoa moga allah mudahkan segala urusan ayah. ajal-maut tu ketentuannya, jika Allah nak amik ayah, mudahkanlah dia. xsampai hati aku melihat ayah menanggung kesakitan. sepanjang aku mengaji, byk x aku terhenti menangis, kesian aku melihat ayah..

16hb september
jam 3.30 pagi aku terjaga, bingkas bangun mengambil wudhuk dan mengaji lagi di tepi ayah, kali ini ayah asek minta disuapkan air. ku baca 2 ayat, ayah mengisyaratkan agar disuap air.. akhirnya aku mengaji sedikit sahaja, teringat org cakap, di akhir hayat, kita memang dahaga, hatiku mula tidak keruan...setelah lebih kurang sejam, aku terpaksa meninggalkan ayah kerna menolong kakak iparku menyiapkan juadah sahur, ramai ada di rumah jadi banyak yang perlu disediakan

usai solat subuh, aku kembali di sisi ayah, ramai anak cucu mengelilinginya dengan yasin di tangan. alhamdulillah, syukurku kerana cucu-cucu ayah xlupa untuk mengaji untuk ayah..aku meneruskan bacaanku sehingga anisahku bangun tidur dan menangis memanggil uminya..alahai anakku sorang ni..

mula kedengaran dengkuran ayah, aku tidak pasti ayah tidur atau paru-parunya yang dipenuhi air menyebabkan bunyi dengkuran yang begitu kuat..abgku yg ke5 mula berbincang dengan abg2 ku yang lain untuk mebawa ayah ke hospital..katanya ayah sakit, xkan kami nak biar je ayah macam tu? abg-abgku yang lain tidak begitu setuju, kakak dr ku pun menyuruh bawa ayah ke hospital..tp setelah berbincang-bincang, kami memutuskan untuk memanggil dr sahaja ke rumah kerana emak cakap, ayah pesan dia tanak kemana-mana.

selepas menguruskan kedua anak-anakku, aku dan suamiku mula mengambil posisi tetap di sekeliling ayah sambil mengaji..begitu juga kakak-kakak dan abang-abangku yang lain. emak menyuruh a.nan keluar membeli barang-barang keperluan untuk kafan dan pengebumian. walaupun aku tidak faham dengan tindakan ibuku, tetapi aku dapat merasakan emak dah dapat rasa sesuatu.

lebeh kurang pkl 11, mataku begitu layu skali, asek tersengguk-sengguk sambil mengaji, suamiku ku menyuruhku tido sebentar, walaupun berat, terpaksa jugak aku tido kerana dah mengantuk sangat. ayah maseh berdengkur kuat ..aku tidur xlama-short nap je..bangun-bangun je tengok ayah muntah, banyak cecair warna puteh keluar dr mulut ayah, tetapi ayah x-makan apa pun dari semalam. dia hanya buka puasa minum air masak je semalam.. lebeh kurang setengah jam kemudian, ayah muntah lagi...kali ketiga ayah muntah, aku mula nampak warna muntahnya menjadi perang..abg man yang duduk di tepi telinga ayah tidak putus-putus mentalkinkan ayah..laila ha illa allah...kedengaran juga bunyi allah dr mulut ayah walaupun bunyinya tidak jelas kerana ayah sudah kene mild stroke semalam...kami semua semakin kuat membaca yasin di keliling ayah manakala aku menyuruh ibuku tido sebentar kerana sejak ayah nazak semalam mak setia ditepi ayah, tidak meninggalkan ayah, malahan solat pun di tepi ayah...kemudian hampir pukul1 thari, kakakku di qatar memberi arahan supaya abgku yg ke5 mengambil bp dan pulse ayah..bp ayah sudah 80/60 dan pulse ayah dah 50. mengikut kakak, theoritically, bila bp trn, pulse naik menandakan jantung berdegup lebih cepat untuk edarkan darah ke seluruh bdn(forgive me if i'm wrong)..tetapi pulse ayah cuma 50 menandakan something is wrong. dalam kami kalut menerima kenyataan nadi ayah makin lemah...ayah muntah lagi kali ke 4 dan kali ini sangat-sangat banyak cecair keluar...mata ayah mula naik ke atas melihat langit..semenjak nazak, inilah kali pertama aku melihat mata ayah begitu besar sekali dan sumiku menjerit menyuruh cepat memanggil mak. dalam kalut-kalut tu, kukejut mak sekasar yg mungkin dan kembali kepada ayah..saat itu aku melihat sakaratul maut...aku mendengar ayah menyebut ALLAH dan mata ayah besar melihat ke langit, menarik nafas yang terakhir dan melepaskannya kali terakhir dan terus menutup mata buat selama-lamanya....serentak itu azan zuhur bergema dan tangisan mula kedengaran.. aku bagaikan tidak percaya memeluk abg man dan menangis teresak-esak sambil menggoncang tangan ayah. kaku, walaupun hangat tapi tiada lagi tindak balas.

hampir 5 minit aku menangis, aku meleraikan diri dr pelukan abg man dan berlari menunaikan solat zuhur. doaku selepas zuhur, ayah ada lg..tapi ALLAh lebih syangkan ayah..ayah pergi meninggalkan kami dalam keadaan aman, mudah skali..semoga ayah ditempatkan kalangan org beriman.

tidak sampai setengah jam, org mula membanjiri rumah kami..aku menjadi telefonis menelefon saudara-saudara jauh memberitahu kabar, setiap kali aku menyebut, ayah dah tak dak, airmataku mengalir laju..saat itu aku dalam dunia ku sniri..muna, anisah dan suamiku tidak ku ingat sama skali.. alhamdulillah suamiku amat memahami

bila upacara memandikan hampir selesai, anak -anak perempuan diberi peluang menjirus jenazah..saudara-saudara lelaki memang menguruskan dari awal lagi..aku tidak sampai ati hendak menjirus..tetapi suamiku membantu..

saat mengkafankan adalah saat paling mengharukan, ketika kami semua berpeluang mencium ayah buat kali terakhir, kakak ku yang di qatar membuat panggilan 3G untuk melihat wajah ayah kali terakhir. suasana yang hening menjadi penuh dengan tangisan apabila esakan kak ijah terdengar di telefon. kesian kak ijah, hasratnya nak balik sebelum ayah meninggal tak tercapai kerana masalah imigresen di sana.

tidak sampai 4 jam ayah meninngaal, dalam pukul 5.30, jenazah ayah mula dibawa ke masjid untuk urusan solat jenazah pada pukul 6. walaupun mendukung anak,aku bawak jugak anisah bersamaku ke kubur manakala muna kubiarkan bersama-sama kakak-kakak sepupunya yang lain di rumah. saat melihat ayah dikuburkan, airmata ini tak dapat ditahan lagi..sejak ayah menghembuskan nafas terakhir, tidak setitik pun ku nampak air mata emak jatuh..aku memeluk emak teresak-esak sambil memberitahu aku perlu pulang kerana anisah sudah mula merengek mengantuk..

upacara pengkebumian selesai lebih kurang pkl 7, saudara-saudara ku dr bkt raya pun tak sempat menziarah ayah..tp tak apa, doa yang lebih penting..
malam pertama tanpa kehadiran ayah aku hanya mampu tidur sekejap cuma, tepat pkl 3 mataku sudah tebuntang dan turun ke bawah untuk mengambil wudhuk kulihat emak teresak-esak..itulah tangisan mak yang pertama aku lihat. aku menambah lg dengan memeluk emak..emak cakap, mak tak nangis sebab mak rasa ayah akan balik..esakan aku semakin kuat..

aku rasa hari-hari yang aku lalui selepas ini tidak lagi sama seperti ayah ada. banyak kesalan dan kenangan yang aku rasakan yang tak akan mampu aku lupakan sehingga akhir hayat

ya allah, aku redho dengan ketentuan MU ini, bahagiakanlah ayahku di sana.tempatkanlah dia di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan beriman..
saya pohon, pembaca-pembaca coretan saya ini menyedekahkan al-fatehah utk arwah ayah saya..HAJI ABDULLAH BIN CHE MAT..semoga dengan doa tuan-puan lebih mudah urusan ayah di akhirat..jazakalallah

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama