silly me
dah tau cerita pasal org toreh beg
tapi bawak juga
itula namanya nak jadi kan
selalunya aku p psr borong selayang yang mcm international "market" tu hanya lenggang kangkung
purse,duit,kunci keta,hp dalam beg
tapi pagi tadi,the silly "cikgu aida" decide nak bawak beg ni
dalam tu ada purse,kamera, external hard disk,stokin,tuala kecil
duit pulak macam biasa masuk poket, sama juga kunci kereta
hp tinggal rumah pasal tengah cas
si BB ku tu dah memang mereng, sari dkt 3x kena cas
tp bgs juga dia dok rumah,kalau x,dengan bb tu kena sapu
ok, back to pasar borong
setiap kali p, mesti aku beli buah dulu
pastu ikan, sotong
masa beli sayur, rasa mcm beg ku ditarik-tarik
tapi aku tak teringat nak pikir apa-apa
bila sampai dekat kereta, ajak en suami p breakfast
masa tu cari purse.PANIK,xde?pastu beg aku tu ada kesan toreh
nasib baik yang lain semua ada
pastu suami patah balik
aku cari balik di satu pasar
macam la nak jumpa kan?
masa tu kalau toreh muka,gerenti xberdarah
en suami dok berleter berkajang-kajang pun aku dengar sayup-sayup ja.fikiranku jadi KOSONG,KOSONG
yang heran tu,x plak menangis
masa 2003 dulu,aku dah meraung tahap t-rex tgh lapar
masa tu mmg konfirm BODO, pasal letak purse kat dashboard,pastu buka tingkap besar-besar.
masa di traffic light pekan jitra tu, ada mamat bermotor seluk tangan nya ke dlm kereta dan melarikan purse aku
bila report polis, polis tu stone ja masa aku gila-gila nanges
kali ni aku xnanges
balik rumah,buka laptop,cari semua maklumat kad-kad bank,kad kredit,call semua bank untuk matikan kad
pastu, solat dhuha, baru p report polis
pas report polis,tak teringat pulak nak p buat ic, ada JPN yang buka pada hari ahad
rasa sangat stress
semua bank nak ic baru boleh buat atm card
kalau xde ic, xleh buat atm card baru
bengong ke apa, ic baru kurang-kurang 24 jam baru siap
tu pun,nuuuu kat JPN putrajaya saja
huhu..nampaknya pau en suami ja la buat masa ni sampai dapat ic baru
hai nasib-nasib..seraabutttt
#Ya Allah,terima kasih atas peringatanMU ini,aku memang lalai ya allah...terima kasih semua kawan-kawan,saudara-saudara yang menolong di saat kesusahan ini,terutama en suami tercinta.terima kasih tak terhingga.Allah sahaja dapat membalas kebaikan kalian
karangan muna pasal umi kena copet.perempuan MAMIA?harhar |
No comments:
Post a Comment