Sunday, October 6, 2013

copet

inilah rupa beg yang aku bawak ke pasar selayang pagi tadi
silly me
dah tau cerita pasal org toreh beg
tapi bawak juga
itula namanya nak jadi kan
selalunya aku p psr borong selayang yang mcm international "market" tu hanya lenggang kangkung
purse,duit,kunci keta,hp dalam beg
tapi pagi tadi,the silly "cikgu aida" decide nak bawak beg ni
dalam tu ada purse,kamera, external hard disk,stokin,tuala kecil
duit pulak macam biasa masuk poket, sama juga kunci kereta
hp tinggal rumah pasal tengah cas
si BB ku tu dah memang mereng, sari dkt 3x kena cas
tp bgs juga dia dok rumah,kalau x,dengan bb tu kena sapu
ok, back to pasar borong
setiap kali p, mesti aku beli buah dulu
pastu ikan, sotong
masa beli sayur, rasa mcm beg ku ditarik-tarik
tapi aku tak teringat nak pikir apa-apa
bila sampai dekat kereta, ajak en suami p breakfast
masa tu cari purse.PANIK,xde?pastu beg aku tu ada kesan toreh
nasib baik yang lain semua ada
pastu suami patah balik
aku cari balik di satu pasar
macam la nak jumpa kan?
masa tu kalau toreh muka,gerenti xberdarah
en suami dok berleter berkajang-kajang pun aku dengar sayup-sayup ja.fikiranku jadi KOSONG,KOSONG
yang heran tu,x plak menangis
masa 2003 dulu,aku dah meraung tahap t-rex tgh lapar
masa tu mmg konfirm BODO, pasal letak purse kat dashboard,pastu buka tingkap besar-besar.
masa di traffic light pekan jitra tu, ada mamat bermotor seluk tangan nya ke dlm kereta dan melarikan purse aku
bila report polis, polis tu stone ja masa aku gila-gila nanges
kali ni aku xnanges
balik rumah,buka laptop,cari semua maklumat kad-kad bank,kad kredit,call semua bank untuk matikan kad
pastu, solat dhuha, baru p report polis
pas report polis,tak teringat pulak nak p buat ic, ada JPN yang buka pada hari ahad
rasa sangat stress
semua bank nak ic baru boleh buat atm card
kalau xde ic, xleh buat atm card baru
bengong ke apa, ic baru kurang-kurang 24 jam baru siap
tu pun,nuuuu kat JPN putrajaya saja
huhu..nampaknya pau en suami ja la buat masa ni sampai dapat ic baru
hai nasib-nasib..seraabutttt

#Ya Allah,terima kasih atas peringatanMU ini,aku memang lalai ya allah...terima kasih semua kawan-kawan,saudara-saudara yang menolong di saat kesusahan ini,terutama en suami tercinta.terima kasih tak terhingga.Allah sahaja dapat membalas kebaikan kalian

karangan muna pasal umi kena copet.perempuan MAMIA?harhar


ATM vs LIONS XII

4/10/2013
malam ni pi stadium lagi
saja bawak bebudak, yelah sejak demam campak tu dok memerap ka umah ja
especially cik kerinting yg baru je alhamdulillah sihat
malam ni quarter final Piala Malaysia di antara ATM vs LIONS XII (singapore)
selalunya jalan kaki, tp dengan mengambil iktibar sebelum ni iaitu bebudak ni selalunya lepas first half,tido.jadi aku bawak kereta
mak ai,silap besaq.ramainya orang!
tah dari pelosok mana datangnya orang
nasibla bawak si kancil tu, senangla sket nak parking
masuk je dalam stadiumkak,kak ada bawa air mineral?tanya polis tu
(kenapa pulak ngan air?)
dichecknya beg aku, nasib baik xde bom:))

aku pun xtau apa salahnya
tp polis tu bgla aku masuk
malam ni ,game sangat entertaining
alhamdulillah ATM menang 4-1
so layak ke semi final,lawan jdt/kelantan
kalau lawan kelantan,gerenti xleh datang stadium,sebab seluruh org kelantan di kl ni akan turun.tengok di tv saja la nant.
tiap kali datang stadium,mesti dia tidur halfway.tp sibuk nak tengok ball


mandi-manda di port dickson

dah lama tak p picnic
sempena budak-budak dah sihat demam ni,aku ajak en suami pergi berkelah
susah juga semua nak bangun pagi, setelah malam tadi pukul 11 malam baru balik dari stadium
so, sepatutnya jam 630 dah keluar rumah,pukul7 baru nak keluar.
around 830 dah sampai.tapi sampai-sampai,tengok ombak,masha allah.cemana nak mandi?so kami jalan-jalan dulu sepanjang pantai teluk kemang dan  bila air macam dah surut ,baru mandi.seronok kali ni pasal semua mandi.selalunya semua penakut tengok air
ombak ganas di pagi hari.orang panggil air pasang besar


















bangunan apatah baru siap di teluk kemang












bila balik,semua kepenatan.si kerinting menangis-nangis sakit kaki,lenguhla tu,org jarang berjalan.adik siap ajak pergi lagi next week:))next week raya la dik..cemana nak p

Tuesday, October 1, 2013

chicken pox

satu pagi isnin, tengah berdoa selepas solat subuh,muna datang
umi, tengok badan kakak ni
kenapa?
chicken pox
allahh
chicken pox atau cacar air adalah penyakit berjangkit
kalau sorang kena, sah-sahla semua kena
adoii...
seperti yang dijangka,mula-mula Muna "izzah kena


dia tumbuh merah-merah sahaja tapi tak demam
lepas tu adik mula demam,panas sangat, dekat 5 hari demam baru kuar bintik-bintik.munirah paling teruk,muntah 2 hari, demam kebah demam kebah selama seminggu.dah 2 hari tak demam ni,minta-minta sihatlah sepenuhnya.oh ya,paling haru, makcik aton pun kena!bayangkan org tua kena,memang sangat sakit, 2 hari tak boleh bangun.apapun alhamdulillah,the ordeal is over.umi n ayah pulak sambung sokseksoksek..
tak apala umi sakit,tatahan tengok anak-anak sakit,tak makan berhari-hari.rasanya umi ja yg sakit tak pernah putus selera makan






stadium

sepanjang hayat, aku tak pernah pergi tengok bola di stadium
sekarang ni,walaupun jarak rumah dengan stadium MPS selayang  cuma 5minit,tak pernah juga sampai
tapi beberapa hari lalu, sumi ajak tengok bola
mimpi ka apa, saja suka-suka.semua ikut, termasuk makcik aton
pergi sana,ternganga ,bukan pasal tengok bola
tapi sebab tengok gelagat penyokong bola
oh ya kami menonton perlawanan Tentera melawan Selangor
ni ada gambar-gambar















































saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama