Monday, June 17, 2013

radiotheraphy

setelah harihari meng"harass" org hkl bertanyakan tarikh radiotheraphy, akhhirnya dpt juga tarikh 17 Mei 2013
alhamdulillah pagi tadi subuh-subuh syafii(aku xtaula ada x subuh hambali,maliki atau hanafi), aku kuar umah.kul7 dah terpacak di hkl.tu pun parking yang 'legal' dah penuh, so..apa lg, line kuning pun sapu ja la..nasib bawak si MOMO, kalau bawak PAK TAM, xtaula naletak mana. ramai ja aku tengok naik atas kerbla, double parkla..so park line kuning ni kira darjat dosa kurang sket kot.heh
kaunter buka kul8, aku menjadila penunggu yang setia..pagi-pagi mood okla lagi menunggu.sapa suh datang awal buta kan?tp prinsip aku dari dulu, biar cepat,jangan lambat..(lainla hantar assignment,kuang-kuang).so dalm kul 8.15, dia panggil,garis-garis lagi di bahagian luka pembedahan.nasibla,aku conteng kat whiteboard,juruterapi xray ni conteng kat badan aku.after that, tunggu utk radiotheraphy. dalam 10.15 (or 2 hours after that), namaku dipanggil utk radiotheraphy pertama. masalah pertama timbul, juruteraphy tu kata takleh amik gambar dada..prosessor rosak..ok, tp leh buat rawatan juga.so,ukur lg utk betul-betul pastikan ukuran ms planning aritu betul, then buat rawatan.dia cakap 15minit,tp aku rasa xsampai kot,kejap sangat n xrasa apa.mungkin baru first time
lepas siap,jumpa kaunselor utk bincang apa yang boleh dan apa yg xboleh semasa radioterapi. yg aku ingat (skrg ni aku kuat lupala..i blame it on tamoxifen..hehe), semua boleh makan(yay!) n cuma dilarang gosok,sabun,spray,letak minyak atau apa sahaja di bahagian yg diradioterapi itu.mengalir xpe,so maknanya bolehla mandi. selain tu,kena banyak minum air,especially air kosong.
lepas tu aku naminta mc, kena ambil no pulak.masa tu pukul 11. tau tak no aku dipanggil pukul berapa?1.30 tengahhari!aku danak jd hijau macam hulk dah bila doktor tu cakap,kenapa nak mc arini?amikla lepas habis nant.oh no..selepas almost 150minutes of waiting dia cakap macam tu!aku trus nananges..tolongla doktor,kenapa xcakap awal tadi,xpayahla aku tunggu 2 1/2 jam for nothing.luckily dr shan faizal tu ikut cakap aku n bagi mc jugak.the reason dia cakap mcm tu,psl dia takut aku ada delay treatment,something comes up ke,ape2..betul jugakkan..tulah aku ni,selalu emosi xbertempat,pk la dulu baik-baik lain x aida..
so around 2 smpi umah..alhamdulillah..i survive the first day.setakat jam tujuh ni,aku cuma ada rasa gatal sket-sket,tp xleh garu.huhu..allah,mudahkan segala urusanku

18 Jun 2013
harini abang misai mengambil dan menjemput.terima kasih abang, dalam sibuk-sibuk dengan report dateline pun masih sudi menjemput isteri mengada ni ke hospital :P
yang xbestnya, harini mesin rosak.jadilah aku penunggu setia. nasiblah ada ramai patient, jadi bolehlah berborak-borak sementara menunggu engineer repair mesin. seorang patient , cikgu tina dari rawang. sangat hebat, beliau berulang alik ke HKL hanya menaiki bas!pehhhh, aku yang expert public transport 10tahun dulu pun xsanggup naik bas..dah puas menunggu di hospital, nak tunggu bas lagi?adehh...aku ada pilihan, bagaimana org susah yang tiada pilihan?public transport sahaja yang mampu?kesian kan?syukurlah, buruk-buruk si kancil tu, masih boleh bawa aku ke hospital pergi dan balik dengan selamat, alhamdulillah..
jam 12.30, adik juru xray terapi yang bernama Hafiz tu memanggil namaku
hafiz :kak, mesin kita tak stabil lagi la. akak sanggup x test?
aku: bolehla-bolehla

so, aritu aku jadi 'lab rat' dan alhamdulillah mesin tu ok, so haritu balik jam 2 juga setelah abang datang

petang, aku ziarah seorang kawan ,k malini, cikgu juga dari selayang.aku berkenalan dengannya semasa menunggu appoinment minggu lepas.dia nak buat mastectomy esok,sempatla aku cerita apa-apa yang patut pada dia, moga allah mudahkan urusan nya esok!

19 dan 20 jun
2 hari yang best, 845pagi dah siap!yang xbest, nak tolak kereta org yang double park depan kereta aku.adehhh,berat yg amat bg sorang pesakit kanser utk menolak. alhamdulillah allah datangkan seorang macha yang sanggup menolongku menolak waja tu ketepi utk membolehkan kancil MOMO ku keluar, terima kasih macha, salam 1malaysia!

21 jun 2013
harini jadual lain sikit, pukul 9 ke hospital selayang, ada apoinment dengan dr richard, consultant utk palliative care. sekarang appoinment sembang-sembang ja. aku tanya pasal status aku sekarang, dah memang bebas dari kanser kah?dr richard kata aku dalam keadaan 'remission',dah ok..tp tetap kena hati-hati sebab kanser ni penyakit yang boleh berulang. dia cuma suruh buat follow up yearly dan makan ubat tamoxifen for 5 years. aku juga tanya, apa treatment jika datang balik, sama juga rupanya.tetap chemo, radio.cumanya dah takde stage dan rawatan hanyalah untuk mengawal,bukan menyembuh. anda hanya dikira sembuh juka selepas 10tahun, ia tidak datang balik. mengenai bone scan, dr richard menjelaskan hasil lebih tepat akan diperolehi dari bone scan.setakat ni kanser ku tidak sampai ke tulang,jika ke tulang sudah dikira tahap 4. nervous juga nak bone scan ni.
petang ke hospital, rt mcm biasa. dalam 45 minit dah siap,alhamdulillah. malaysia dilanda jerubu,klang valley masih ok.sekolah-sekolah di johor dah ditutp harini dan semalam

22 jun 2013
harini suami membawa ku ke darul syifa,bandar baru bangi. selain dibacakan doa,air penawar, aku juga diberikan akar kayu kenerak untuk direbus dan diminum.kita berusaha, Allah menentukan

23 jun 2013
harini semua sekolah di kl, selngor,melaka, negeri 9 dan sebahagian di Johor ditutup kerana jerebu.allahuakbar, allah datangkan asap ja, kita dah kelam kabut,belum yang lebih dahsyat lagi?
oleh sebab kancil MOMO tu aircond rosak,suami jemput dan hantar harini, terima kasih abang.alhamdulillah 845 siap mcm biasa. sbb aku no 2.kalau no 1?830 dah siap.dah 6hari treatment,masih belum berjaya dapat no 1!

9 Julai 2013
alhamdulillah today is my last RT session.so far ada melecet sket. doktor bagi krim sapu.masalah besar,gatal!cannot stop myself from scratching.dr cakap this is the last episode of my treatments. after this cuma datang apoinment sahaja.and please be aware of any abnormal changes in your body. doktor menitipkan doa dan pesan yang berbakul-bakul untukku.thanks doc,u are such a caring person. so, esok takyah datang HKL dah..yesss!just in time nak puasa.esok 1 ramadhan< insha allah harap-harap aku leh posa macam biasa. selepas Rt session, pn siti nurhanis, my insurance agent menjemput aku datang ke academy etiqa.disitu aku diajar membuat jus anti oxidant oleh miss ng.beliau merupakan year5 bc survivor. she maintains a happy life n dia encourage untuk bersenam.aida,u have to be strong,kena workout,senaman n be positive.insha allah you will survive..tq miss ng n pn siti kerana ajak aku join this ceramah.
so balik tu aku naik lrt, komuter n taxi.dah lama xbuat..terasa betapa jauhnya beza tenaga dulu dan sekarang.allahuakbar,tiada yang kekal selamanya melainkan engkau.

No comments:

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama