"If u ask my personal opinion, I think it is CANCER!", Dr Suraiya Ibrahim the radiologist memberitahu aku dengan terus terang, tanpa berlindung lagi. Suasana bilik Ultra Sound yang samar-samar tu terasa gelap buta masa tu. Terbayang-bayang 3 intan payung ku di rumah. Air mata dah mengalir laju di pipi, tapi aku tahankan juga pasal malu dengan dr Suraiya.
" Can U explain to my husband, doctor?" aku bertanya
"Your husband ada diluar?"
Doktor berlalu dan memanggil suamiku. En Mazlan Musa macho sahaja mendengar penjelasan doktor. Perasaan aku bercampur-baur sewaktu itu.
" Ok tomorrow, u come here and we are going to do mammogram and biopsy. Please come early"
Aku mengiyakan dan mengambil temujanji di kaunter. Keluar sahaja dari bilik tu, aku memeluk suami dan menangis sepuas-puas hatiku. Terduduk aku di kerusi melawan esakan. Orang periang macam aku ni memang susah nangis pasal diri sendiri, tapi kalau pasal orang lain, drama memang akuah juara!
16/11/2012
20/11/2012
Pada
appointment yang lepas (30/10), general surgeon di Hospital selayang ,Mr Salahudin hanya memberikan keputusan 50-50 walaupun dimatanya seperti ada
sesuatu yang ingin disembunyikan.Melihat susahpayahnya mencarikan tarikh
tercepat untuk aku melakukan ultra sound membuat kan aku seharusnya sudah
sangat-sangat bersedia untuk menerima berita ni. Aku sangka kan aku ini
seorang yang kuat, tapi hari ini aku rasa semua kekuatan aku sudah hilang
begitu sahaja.Ya allah, besarnya dugaan ini..
Aku
merasakan ada ketulan ini sebenarnya dari awal 2012 lagi, tapi disebabkan
kealpaan, sikap tak apa aku menyebabkan aku menangguhkan berjumpa doktor sehingga
aku terbaca buku Bukan Sekadar Resepi oleh Roza Roslan yang menyebut mengenai
adiknya, Ayu yang meninggal kerana barah payudara. Terima kasih Allah atas
gerak hati ini. Bila diceritakan kepada suami, dia ‘mengheret’ ku ke klinik
berdekatan rumah dan Doktor Siti Khadijah membuat surat rujukan ke Hospital.
Pada
mulanya, bingung juga nak ke mana, terima kasih kepada kawan-kawan di group FB
Ex Puteri KISAS yang banyak membantu seperti Dr Nurjasmine Aida, Dr Hafizah
Nurain dan ramai lagi yang tersebut di sini. Pergi ke hospital merupakan
tindakan yang MESTI dilakukan walaupun aku sebenarnya SANGAT TAKUT untuk
menerima kenyataan.
Keesokan
hari nya ( 7/11/2012), aku menjalani mammogram dan biopsy. Mammogram ni layman
termnya ialah x-ray untuk breast. Semasa mammogram, dr akan mengepit breast
dari pelbagai angle untuk mendapat gambaran jelas tentang breast anda.Memang
sakit,tapi sekejap sahaja.Walaubagaimanapun kalau mengandung mungkin agak
merbahaya dan aku kurang pasti kalau mengandung apa yang perlu dibuat. Masa
mammogram inilah aku melihat ketulan sebesar hampir 3.7cm di payudara kananku. Jika
mengikut saiz, keadaan barahku adalah baru di tahap kedua Dibahagian lymph nodes di ketiak juga nampak membesar.
Mengikut Dr Suraiya, lymph nodes di
ketiak akan membesar sekiranya terdapat sebarang jangkitan atau sakit. Dia bertindak
seperti security gate kepada semua penyakit. (Correct me if I am wrong).
Selepas itu
aku berbaring di atas katil dan Doktor Suraiya dan 3 orang
radiographer serta seorang doctor membuat biopsy terhadap kedua-dua
payudaraku.Biopsi ini ialah dia mengambiil tisu pada ketulan dan dianalisis
oleh pathologist untuk mengenalpasti apakah sel itu adalah kanser(malignant) atau tidak(benign).Setelah itu aku dibenarkan pulang dan aku diberi MC selama dua hari. Semasa
pulang dari mammogram, suamiku membawa kami semua pergi membelibelah. Aku tahu
suamiku cuba untuk menghilangkan segala kerisauan di benakku. Tapi malangnya
dia tak begitu berjaya. Tiga hari tersebut merupakan antara the worst day in my
life. Aku menangis, tido,bangun,menangis, tido, tengok tv (tp sebenarnya
menangis). Assignment mastersku yang berlambak-lambak langsung tak ku sentuh.
Seriously aku rasa macam aku lah orang paling malang dalam dunia sewaktu itu.
Pada hari
Jumaat(9/11), hari terakhir di sekolah aku menangis lagi, orang menangis sebab
3 kawan-kawan berpindah dan seorang bersara tapi aku menangis sebab lain. Rasa
sangat-sangat sedih walaupun mak,abang,kakak dan suami tercinta tak putus-putus
memberikan semangat.
Suamiku
tidak putus-putus menceriakan aku dengan
pelbagai cara. Kami ke Taiping untuk menghadiri pertunangan anak saudara
kesayanganku, Syed Amir. Ahad kami ke Low Yat, memborong unnecessary gajet,aku
gembira, tp aku kalah bila di tikar
sejadah. Solatku pasti bersulam tangisan. Susah sungguh aku menerima kenyataan
Sambil-sambil
aku mencari jurnal online untuk assignment ku, aku juga mencari maklumat
mengenai kanser payudara. Kadangkala aku rasa menyesal membacanya kerana ia
lebih menakutkanku tapi pada masa yang sama aku sedar aku perlu tabah
menghadapi semua ini kerana my three little angel- Muna, Anisah dan Aifa.
Walaupun
maklumat hanya di hujung jari, sebanarnya aku sedikit terubat apabila
kawan-kawan, saudara mara memberikan sokongan yang sangat padu padaku,
macam-macam nasihat dan aku menyedari sebenarnya di Malaysia ini sahaja, dalam
setiap 20 wanita, 1 wanita akan menghidapi breast cancer. 5% of total woman
population and many of them recover after treatment. Boleh kata ramai yang aku
beritahu mengenai kondisi aku mempunyai saudara terdekat/kawan yang mempunyai
kanser payudara. So, its not rare. And it can be CURED! Now I remember dr Suraiya
said, u are still curable (she had a stage 4 breast cancer patient before and
the patient is only 27!)
Now I'm getting
more positive. Inshaa Allah, walaupun ada saudara dari sebelah birasku yang
meninggal tapi persamaan kebanyakan yang meninggal ialah mereka sudah ditahap
terakhir semasa diagnosis dan mereka memilih untuk alternative treatment. Suami
aku yang agak fobia mendengar perkataan breast cancer ini (kerana birasku itu) awal-awal lagi telah
mngingatkanku, kita remove sahaja; tak payah pikir banyak;oh..he is a
man, and he never understands me. Breast
is very important for feminity but in my case its BREAST or DEATH!
16/11/2012
Today is my
judgement day. Although I already know the answer, but I still want to hear the result. Unfortunately Mr Salahudin is not around, so we meet a very
young MO who shows no symphatic at all. Although it is not your illness,but
please show some empathy to your patient doctor, you are still a long way to be
a very good doctor. Instead of entertaining my questions, his GNote(sedihsedih pun sempat lagi in awe bila tgk hp dia!) keep buzzing
and disturbing our session.However he manages to trace dr salahudin and ask him what option of surgical
treatment that I have to do.
1)lumpectomy(buang
ketulan), lymph nodes di ketiak followed by radiotheraphy
2)
mastectomy right breast , lymph nodes di ketiak
Chemotherapy
akan ditentukan berdasarkan lump/breast yang akan dibuang yang akan dianalyse.
Sekiaranya oncologist(pakar bahagian kanser) mendapati kanser dah merebak ke tempat
lain(nauzubillah), maka aku akan di chemotheraphy. Sebelum itu chemotheraphy
ialah systemic, maksudnya,ubat akan dimasukkan kedalam saluran darah dan akan
pergi ke seluruh badan. Kesan-kesannya agak severe seperti panas, tak boleh
tido, gugur rambut, bergantunglah kepda badan pesakit manakala radiotheraphy
ialah sinaran radio terhadap tempat yang cancerous dan kesannya cuma local/ tempat itu sahaja.
Doktor
tersebut memberikan kami masa sehingga 20/11/2012 untuk memilih 1 atau 2 dan
appointment seterusnya pada 20/11. Balik appointment, apa lagi,
menangis..tambah pulak dengar cd OPICK. Memang hujan je masa ni> Budak-budak
pun siap datang peluk umi masa solat sebab time solatla umi nak nangis sangat.
Kakak-kakakku
memberi cadangan membuat operation di HKL atau hospital swasta. Aku pun pening,
setelah aku buat istikharah, insha allah itulah pilihan aku akhirnya
So its
going to be pilihan ke 2 dan di selayang sahaja.
20/11/2012
Kami
bertemu dengan Mr Salahudin, dia memberikan penjelasan panjang lebar tentang
pilihan kami, prosedur rawatan selepas ini dan juga memberikan opsyen untuk
berpindah ke Putrajaya.HKL is not advisable sebab terlalu ramai dan Putrajaya
merupakan hospital kerajaan yang paling lengkap untuk brest cancer treatment. Tapi memandangkan
lokasinya yang jauh, kami memilih untuk membuat di Selayang sahaja. Beliau
mencari tarikh yang terdekat, pilihan pertama 26/11 atau 1/12 dan kami memilih
1/12.aku akan masuk ke wad 30/11 dan akan menjalani pembedahan pada pagi
1/12 insha allah.
Kepada
sesiapa yang membaca ini, doakan saya akan selamat dan kuat untuk menghadapi treatment-treatment
seterusnya. Suami saya selalu mengingatkan bahawa ALLAH memilih saya dari
berjuta-juta orang kerana saya istimewa dan saya harus bersyukur dengan ujian
ini. Doakan ya!
11 comments:
Assalamualaikum Puan Aida, saya doakan semoga dipermudahkan urusan hendaknya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
tq shinichi (macam kawan goku sahaja:))
Aida, timah doa semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. Semoga Aida dan keluarga tabah..
Terlupe tadi, semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik..
"Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad."
Amin..
ameen
Aida, tabahkan hati. Insyaallah, kawan2 ramai yang mendoakan kesihatan enti. Cousin ana kena stage 2 juga. Alhamdulillah, sekarang kembali sihat dan aktif :). Be positive darling yaa..
Luv U,
Sab
semoga cpt sembuh aida.dulu ms pregnant yang sulung pon doc suspect ..mcm2 checkup kena buat.so far dorg tak detect cancer.tuhan sajalah yang tau perasaan ms tu.tiap bln kena check kat hkl time pregnant.sedih sgt..so fhm sgt perasaan aida.insyaallah semuanya selamat.-faizah aj
Salam Kak Aida thanks for sharing indeed kami semua mendoakan yang terbaik. Tabahkan hati Insya Allah Dia maha Penyayang.
Sedih akak baca cerita aida ni...mmg rasa nak menangis...klu dok sorang2 ni mmg dah mengalir air mata...semoga aida dan famili tabah menghadapi ujian ini...mmg benar kata suami aida, u r special...terpilih menerima ujian kerana Allah sayangkan aida...masa ni lah terasa paling dekat dengan Sang Pencipta...jgn putus asa...kuatkan semangat...teruskan usaha demi keluarga tercinta...terutama 3 puteri comel tu...akak doakan aida sembuh seperti sediakala...be strong dear...innallaha ma'ana...insha Allah...- kak wana
As salam aida....
Agak terlewat, tp kami sekeluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aida & keluarga.yg penting, kena positif & kuat semangat. Setiap penyakit ada ubatnya dan Allah tak akan uji seseorg hambaNya diluar kemampuan seseorng. In shaa Allah, aida akan sembuh :-) ameen.
terima kasih semua
Post a Comment