Wednesday, January 1, 2014

sorotan 2013

Dah lama tidak menulis
bukan tiada bahan
tapi kekangan masa yang amat sangat
walaupun bercuti sekolah
ada sahaja aktiviti setiap hari dengan anak-anak
ujian besar tahun lalu, saya jadikan iktibar untuk lebih mencuri waktu berharga bersama-sama anak-anak.walaupun sekadar sama-sama membuat pizza bersama. ya, tidakla sesedap Domino"s, tapi cukup penuh kaya kasih sayang

kembali bekerja juga menambahkan kesibukan saya
hanya facebook saya di update setiap hari
sebab fb, coretan cuma sedikit,tapi membaca coretan kawan-kawan yang banyak melekakan saya

di awal cuti sekolah juga saya dikejutkan dengan tragedi anak sahabat sekisas, nursaudah said atau kak odah. anaknya mengalami pendarahan otak dan dimasukkan ke ICU HKL. seboleh mungkin,menziarahi orang di hospital adalah keutamaan saya sekarang.kerana saya pernah melalui hari-hari sunyi di hospital.perbualan dengan makcik tukang sapu sudah bagai 'agenda negara' bagi saya sewaktu permukiman di hospital. adik sofea dimasukkan ke ICU pada pagi jumaat. Saya menziarahinya pada hari sabtu. K odah dan suami sangat tenang dan redha. saya yang terlebih sebak( saya memang seorang yang emosi, faktor menambahkan stress pada diri).merenung wajah si comel sangat menyedihkn hati. sofea cuma berusia 20 bulan. punca kejadian tidak dapat dikenalpasti tetapi ibuayahnya seperti sudah dapat mengagak ketentuan ilahi, kerana pada pagi Isnin, sofea pergi menemui ALLAH rabbul izzati. catatan-catatan ayahnya menambah sebak di dada saya. semoga allah merahmatimu sofea
dan menenangkan ibu bapamu. semoga allah menggantikan yang lebih baik buat k odah.insha allah k odah akan bersalin tahun hadapan.

pada 13 november, sahabat baik saya dari PMKP , UKM nurhasanah hafidz menjalani laparoscopy.sedih tak dapat ziarah dia di hospital.tapi saya mendoakan semua kebaikan buat dia.hanya dapat menziarahinya di Kelana Jaya pada 1 Disember, sepulangnya dari kampung. alhamdulillah dia nampak sehat.dan semoga dia sehat selalu

Di hari yang sama saya menziarahi Hasanah, saya mendapat berita kawan seperjuangan, Kak Maizura Muin dimasukkan ke hospital Gleneagles. K maizura saya kenali semasa perjumpaan BCWA(breast cancer awareness association). Beliau seorang pesakit kanser,tahap 3.tetapi beliau sangat positif dan happy. tak putus-putus berniaga pelbagai jenis benda. saya ada membeli biskut raya dan sehelai tudung untuk raya tahun ni. suami menggelarkan tudung kek lapis, tapi SAYA SUKA! berbalik pada Kjue, kami menjalani rawatan pada waktu yang hampir sama. kebanyakan masa saya mendahului, jadi dia akan minta tips-tips dari saya dan banyak berkongsi pesanan-pesanan dari seorang kakak. antara pesan yang saya ingat, Kjue tak bagi saya makan anggur,katanya manis dan manis adalah makanan kanser.tapi saya lupa mengingatkan Kjue, biji anggur adalah penawar kanser. saya mengamalkan dari awal tahun, terima kasih kepada kakak ipar yang memperkenalkan saya kepada puan liza, yang membekalkan biji anggur secara percuma,sejak suaminya sembuh dari kanser.
berbalik pada Kjue, semasa pertemuan saya di Gleneagles, Kjue nampak sangat gembira,ramai kawan-kawannya menziarahi. dia dimasukkan kerana sesak nafas. Kjue triple positif.er, pr dan her2. tapi dia enggan menjalani terapi herceptine, katanya terlalu mahal. memang suntikan herceptin sangat mahal, ada sesetengah hospital mengenakan 7k satu suntikan, ada sehingga 12k!dan 17 suntikan perlu diambil semuanya.memang boleh membeli satu biji rumah! tetapi ada juga percuma , di HKL.tetapi proses menunggu sangat lama dan sangat strict! hkl mempunyai kuota dan hanya pesakit yang berharapan sembuh diberikan herceptin. seorang kawan dinafikan herceptin kerana kononnya bone scan menunjukkan barah telah pergi ke tulang. akhirnya dia pergi ke swasta. alhamdulillah syarikatnya menyediakan insurans baginya.bagaimana dengan pesakit yang miskin?kanser memang penyakit orang kaya..dan memakan banyak belanja.
berbalik pada Kjue, dia tamat rawatan pada hari raya lepas. tetapi dalam masa 3bulan, dia sudah mengalami semput/sesak nafas. kesukaran bernafas merupakan petanda yang tidak baik.kata kjue pada saya, 
"dr advise me to go thru another chemo n radiotheraphy, so u know what it means.."
kansernya telah merebak ke paru-paru,hati dan tulang belakang
allahuakbar, hanya dalam masa 3 bulan...
dia menceritakan kepada saya suatu masa dahulu, semasa mastectomy, surgeon nya meninggalkan sedikit tumour. saya tak pasti kenapa dan surgeon tu senang ja cakap "we'll deal with it later".huhu, kalau saya ada di situ,mahu dibunuhnya surgeon tu.
nampaknya chemotheraphy dan radiotheraphy tidak membunuh sel kanser yang tertinggal itu.buat penat ja berubat,seksa chemoteraphy semua...
selepas saya menziarahinya, saya bertukar-tukar whatsapp dengannya, dia memberitahu saya, dia tidak lagi mahu buat chemotheraphy.cukupla radiotheraphy satu sesi utk merawat sakit belakangnya dan dia minta pulang kerumah. dia ingin menjalani rawatan ozon di Shah Alam.oh kenapa waktu itu saya tidak nampak bahawa maut sedang menanti Kjue?
16hb Disember, selepas pulang menghantar anak ke sekolah agama, saya membuka fb, ada banyak ucapan takziah untuk Kjue. siapa yang mati?, hati saya berdetik.masha allah,innalillahhi wainnalillahi rojiun. Kjue pergi menemui Ilahi pada pagi Isnin16Disember setelah dimasukkan ICU pada hari sabtu 14 disember. saya menangis semahu-mahunya, menelefon suami memberitahu dan suami menyuruh saya mencari arrangement utk funeralnya. tp saya panik dan tidak tahu untuk menghubungi sesiapa. Saya menangis hampir 2 hari, saya rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku. sedih mengenangkan anak-anaknya seramai 4 orang yang ditinggalkan. dan mengingatkan sendiri bahawa saya juga dalam perjalanan itu. what if i cannot wake up the next day?adakah saya sudah bersedia.keharuan hati saya turut difahami cik kerinting.
makcik, umi nangis...(bila dia tengok saya menangis,dia tidak menggangu umi, dia membiarkan saya menangis)
di hujung minggu itu, saya berkongsi pengalaman saya menjalani rawatan bersama-sama kumpulan whatsapp ex puteri kisas
perkongsian itu lebih mengingatkan saya, saya selalu merungut itu tak dapat, ini tak dapat.tetapi di kala saya tidak mampu, allah menyukupkan segalanya bagi saya. diwaktu saya terbaring,tidak mampu berbuat apa-apa, allah mendatangkan insan-insan yang membantu seperti makcik aton dan jiran-jiran. suami , ibu,ibu mertua, saudara-saudara yang sentiasa mendoakan saya, menolong dari sekecil-kecil biji anggur, sehinggalah bantuan kewangan yang tak putus-putus. terima kasih allah atas ujian ini. jika ujianmu ini mendekatkan ku kepadamu, aku rela ya allah...

peristiwa-peristiwa sepanjang cuti sekolah cukup menyesakkan dada,tetapi banyak mendidik saya untuk bekerja lebih baik, menjadi hamba , isteri,anak,ummi yang lebih baik. Semoga lebih banyak kebaikan dapat saya lakukan di waktu yang bersisa ini. Tuhan lorongkan aku ke jalan yang Kau redhai, bimbinglah diriku dengan ditemani orang-orang yang baik dan mendekatkanku kepada Mu. terima kasih atas segalanya ya allah. alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama