Tuesday, June 4, 2013

diary post chemo cycle 6


13 Mei 2013
Tarikh ni datang lagi,tarikh yang menjadi titik hitam Malaysia dan igauan ngeri rakyat Malaysia yang dimomokkan dengan media massa utama yang tak habis-habis mainkan isu perkauman.baik apa paper sekalipun,utusan ka, sin chew jit poh ka atau Malaysian nanban.semua nak bela kaum masing-masing.asik bela kaum, sapa yang bela agama?sedangkan sikap asabiah ni ditentang dalam islam!

14 mei 2013
Harini hari chemo, yang terakhir!seronoknya dah berjaya melengkapkan 6 chemo..alhamdulillah atas kurniaan allah,memberikanku kekuatan untuk menjalani keenam-enam sesi chemotheraphy ni,yang tak pernah aku bayangkan aku perlu melaluinya..allah, sehatkan aku dan tak perlu utnuk aku melalui lagi sesi chemotheraphy ni di masa hadapan insha allah. Balik rumah,anisah pula masih demam. Aku kena berhati-hati walaupun sebelum ni diorang demam,aku xjadi apa.tapi untuk sesi demi sesi, tahap imun aku akan makin menurun,jadi aku perlu sangat berhati-hati


15 mei 2013

Harini mengumpul kekuatan untuk kerumah ksariah, menghantar Tupperware sebelum aku ‘melepek’ selepas ini. Biasanya 2-3 hari pertama selepas chemo aku akan sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Seronok tengok aifa munirah bermain dengan anak-anak ‘belaan’ kak sariah. huhu,kalau dia ada adik mesti adik dia pun dah dua. dia memang suka main dengan budak-budak kecik..Cuma kena awasi pasal kang di’buli’nya budak-budak tu.anisah demam lagi. Aku bertungkus lumus menyiapkan ‘tanda hati’ untuk cikgu-cikgu muna dan adik..huhu,takla beli baju mahal ke apa, cuma tanda ingatan ikhlas untuk cikgu-cikgu muna dan anisah yang mendididik seikhlas hati. Tak lupa juga ustazah sekolah agama dan guru mengaji mereka.

16 mei 2013

Badan dah rasa tak sedap,tapi sebab harini hari guru di sekolah, dan sepanjang 9 tahun mengajar aku xpernah aku xsambut,jadi aku ke sekolah sekejap harini. selain melihat  sambutan, aku menjemput anisah yang dah masuk hari ke 7 demam tak baik-baik.pagi tu aku benarkan juga dia ke sekolah untuk dia menyampaikan hadiah hari guru kepada guru-gurunya dan melihatkan keadaannya yang masih lemah, aku menjemputnya pulang kerumah.aku tak dapat berlama-lama kerana keadaanku yang pening dan sakit-sakit badan
Pada waku petang,melihatkan keadaan anisah(nama manjanya adik), aku meminta izin suami membawanya ke fever centre di hospital selayang. Doctor mengambil sampel darah dan memasukkan air kerana dia dilihat sangat tidak bermaya. alhamdulillah the result came back negative. just viral fever..alhamdulillah..aku takut denggi atau campak ja..what a convenient time untuk sakit..dengan umi macam ni,Alhamdulillah allah bg pertolongan thru makcik atun untuk tolong uruskan anak-anak.so,balik je rumah,bg dia makan ubat cukup-cukup while umi start ‘hybernation”

18 mei 2013


Anak buah pertama kesayanganku, syed muhammad amir bernikah arini di taiping..sedeynya tak dapat pergi,selain keadaanku yang macam “kain buruk”, kesibukan abang misai juga menyebabkan kami xdapat pergi ke taiping untuk sama-sama berkenduri harini dan esok. aku pun dah mula rasa badan semacam nak demam.tolongla jangan demam.makan panadol every 6hours,still tetap rasa seram sejuk

21mei2013

Harini aku ada simulation appointment di HKL.simulation apa?bukan simulation nak bawak kapalterbang tu..bukannnn..ni sebenarnya nak ukur, buat planning tentang sesi radiotheraphy aku yang akan bermula dalam bulan Jun ni insha allah.
So, dalam pukul7 dah tercangakcangak di hkl, rahsia nak gi hkl kena sampai before 7, parking berlambak dan xjem.tp aku xbawak kereta, abang misai xkasi…bilala yang dia nak caya kat bininya yang macho ni nak bawak kereta ke hkl, sampai pukul 7 pagi,institut radiotheraphy pun xbuka lagi,so aku amik kesempatan lepak-lepak sambil breakfast.730 sharp aku dah terpacak di bahagian radiotheraphy, bagi kad apoinment (walhal apoinment 1030,tp doctor tu kata first come first serve. So dalam kul9 nama aku dipanggil. habis semua baju,barang kemas kena buka, yg xbestnya ada juga 2 radiotherapist(betul keni istilah diorang) yang lelaki. Redha dalam paksa la ni, kalau masa operation, kita tak sedar kan, ni buat simulation, kita sedar,tapi kena jadi patung, xbergerak for about one hour, wound from operation tu akan diukur sedetail-detailnya untuk proses radiotheraphy planning.,lenguh jugakla aku jadi patung xseberapa cendana tu selama satu jam, penuhla luka tu diconteng dengan marker, pembaris dari sekecik-kecik hingga sebesar-besar gajah digunakan dan last skali aku diinject dengan dakwat yg akan bertahan selama setaun lebih. Nampak macam tahi lalat je. tp jelas menunjukkan segiempat yang akan menjadi tempat radiotheraphy tu nant
So dalam pukul 10, dasiap dan dah boleh balik.tunggu teksi sekejap je, naik sampai Bandar baru selayang, rm21..huhu, ni satu hala ni, kalau 2hala,15 hari?mau RM600 beb!huhu…xpasal-pasal ja ada org mintak duduk wad nih..
Sampai rumah, call plumber plak. Bill air aku bulan ni RM400!.xpernah dibuat dek org, kecualila pengusaha car wash atau sunway lagoon.rupanya paip bocor.huhu,terbang 200 nak ganti 2batang paip sahaja!allah,mahalnya hidup di kl ni…kalau leh repair seniri kan best,apapun bersyukurlah leh repair,xla bulan depan bil 400 lagi insha allah
Badan rasa seram sejuk untuk hari keempat

22mei 2013

Harini dah 5hari aku seram sejuk demam.. badan asek menggigil je, si aifa munirah pulak demam. sepanjang hari dok melayan dia sampai aku pun rasa dah semacam. malam tidur dengan dia, selalu malam-malam badan dia panas. jadi aku tak tidur sangat.lepastu dalam pukul12 malam, aku dah start menggigil-gigil macam orang demam kura. berbiji-biji panadol telan tak jadi. dekat pukul3 baru aku terlena. rasanya malam tu malam paling sengsara dalam hidupku..takpernah aku demam sampai macam tu.


23 mei 2013

Pagi-pagi aku dah bangun,kemas barang dalam beg, bawak dokumen apa yang patuut. nak ajak suami ke hospital. tapi suami ada kerja dan berjanji akan pulang pukul 10, tengok keadaan aifa yang nyenyak tidur, aku menguatkan hati membawa kereta ke hospital selayang walaupun dalam keadaan yang menggeletar. alhamdulillah hospital cuma 10minit dari rumah. Sampai di Emergency Department, aku diperiksa doctor bertugas yang amat hensem tapi aku taktau nama dan dinasihat berehat di wad sementara di ED. aku diambil darah dan diberi makan, walaupun xselera, diberikan air melalui IV. Sedar-sedar aku dah terlena dan dikejutkan nurse, puan bangun, kita masuk wad ye. manyau-manyau tu aku tanya kenapa, wbc(white blood count) puan rendah sangat, 1.4 ja ( normal 4.5 hingga 11). aku pun dimasukkan ke wad 4a,solitary wad. namasuk wad kena pakai mask bagai. ha tula,selalu namasuk wad bilik sorang, susah sangat dapat,kalini xpayah request dapat bilik sorang. Bermacam-macam test diorang buat kat aku. Dr Richard n team palliative datang , aku antara sedar xsedar je jawab, nasibla masa tu suami dah ada untuk jawab. Temperature aku maintain 38 – 39 jadi rasa nak tidur je. kesian pulak abg misai dok tunggu aku plak dok tidur ja. sibuk tanya aifa, dia jawab ok je.yg makcik atun ckp aifaa xok.ya allah, sembuhkanla aku dan anakku


24 mei 2013

Alhamdulillah harini rasa sihat sket, dah xdemam. berkat antibiotic dr bg dan suntikan neupogen untuk menaikkan wbc ku, arini danaik 3.masih lum boleh balik sbb normal 4.5. mak datang ngan abg man.datang2 nanges…uwaaa…jamganlah nanges,nant aku ujan sama...huhu.harini juga besday aifa,sian aifa sambut besday dgn demam dan umi di wad


25 mei 2013

Harini ada wedding reception syed amir di bangi.frust lagi xboleh pergi. Nanges juga aku,suami pujuk..ummi,its for ur own good. Ramai lagi anak sedara nakawen..aku nganga sambil jawab,mana sama..ni anak menakan first,anak menakan yg aku jeles dulu..siap ketuk dengan botol..haha..ms tu 8taun kan..mana tau apa..


27 mei 2013

Setelah 5hari antibiotic,Alhamdulillah dr victor bg lampu ijau utk balik,tp lepas final dose at 6pm.so mlm lps maghrib,suami n anak2 datang amik, p dinner dan balik.rindunya pada aifa dan kakak-kakaknya

28 mei 2013

Its our 8th anniversary today!suami kerja dan amik half day, bawak aku pergi makan-makan dan beli birthday present untuk aifa. Dia dapat basikal while others dapat  toys. nasibla anak 3,tiap x birthday sume dapat hadiah!
dah ada gaya merempit cam umi (sory kualiti gambar kurang memuaskan)


29 mei 2013

Aku bawak anak-anak melawat pengantin baru dan maktok di bangi.sambil jumpa kijah yg balik Qatar arini dan bagi aifa jumpa bestfrennya,Faizzz

30mei 2013
Hari tido!

31mei2013
Bawak anak-anak ke rawang dan shoping tesco selayang

1jun 2013
Suami kerja!pagi aku sempat ziarah kmi di sah alam dan petang kami ziarah kak shida(kakak suami) di batu arang. kshida akan mengerjakan umrah next week inshaallah.


2jun 2013

Beli ikan,melawat anak-anak yatim di hulu selangor.sedihnya tengok mereka…kalau aku selalu merungut takpernah p holiday, anak-anak ni cemana nak merungut tak punya ayah,xpunya mak.makan pun hanya yang wajib dan berkongsi satu rumah sehingga 15-20 orang?sekolahpun hanya home school kerana pengusaha rumah anak yatim tak punya cukup dana nak membawa anak pergi pulang sek setiap hari..allah-allah,sesungguhnya banyaknya nikmatmu yang aku dustakan. patut selalu bawak anak-anak ke tempat sebegini supaya mereka lebih mensyukuri nikmat allah. Ada satu ustaz tanyalah ustaz di tv9, ( aku tak ingat nama) cakap kita mendidik anak dengan membawa mereka ke masjid, tetapi reality ramai ibubapa yang mendidik anak dengan membawa ke shopping complex, jadi akhirnya anak-anak lebih mencintai shopping mall dari surau dan masjid..allah-allah, cikgu aida..sila amik ikhtibar.
Selepas tu sempat ke pestta buku selangor dan memborong buku2 prof kamil,roza roslan,usaz hasrizal. sempat juga membeli tshirt muslimah keluaran brotherhood yang murah dan punya mesej positif. kepada yang minat boleh refer facebook brotherhood. Selain tu,kalau pi pesta buku,mesti borong outdated issues of aulad di arasmega.aku suka majalah aulad ni,menarik dan banyak unsur-unsur agama untuk si ulat buku, anisah.


3jun 2013

Harini bawa nak-anak hantar maktok dan maklang sekeluarga ke umrah di klia..huhu,takpenat si kecik ni bertawaf berlari keliling tiang klia.aku yang tengok penat dan sakit tangan driving.alhamdulillah allah bg kekuatan untuk datang jumpa mak dan kliza dan anak-anak.macam biasa banjir juga salam ngan mak.selain minta doakan aku sihat, minta juga allah jemputku ke baitullah.its been 9 years,rasa teringin sangat nak p

maktok yang ceria nak p umrah

tiga kanak-kanak yang xpenat-penat tawaf tiang klia
(anisah tiada dalam gambar sebab kena red-carded!)

No comments:

saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama