Thursday, August 22, 2013

Agar-agar cendol

alhamdulillah,hari ni dah 6 hari puasa di bulan syawal, esok raya.yahooo!
tiap-tiap tahun buat puasa 6 ni,tapi tahun ni rasa seronok lebih.so,rasanya nak masak apa ya?kelmarin dah buat pasembor dan nasi impit dan kuah kacang kegemaran.semalam buat kfc ala ummi, anak-anak makan ayam goreng,umi makan cendawan goreng sebagai main course, coleslaw,fries,mashed potato as side dish.aduss, bila nak pantang fried foods ni?
harini plan nak buat sesuatu dengan buah belimbing yang berlambak-lambak di belkang rumah sewaku.dari buang begitu sahaja kan.k zah dah bagi resepi sambal sardin berbelimbing dan sambal belimbing ikan biis,boleh try tu!
oh ya, desert aku nak cuba buat agar-agar cendol.haritu dah try buat, mak mentua kata sedap,kembang idung den..haha.
so, sapa-sapa nak cuba, ni resepi dia

Agar-agar cendol

lapisan pertama
100g cendol
75g gula pasir
250g santan(saya pakai santan kotak 200g,tambah air50g)
350ml air
6g serbuk agar-agar ( kalau agar2 strip,pakai separuh bungkus)
daun pandan

cara-cara
1. letak cendol dalam 6inch X 6 inch acuan
2. masak air,daun pandan,agar-agar sampai larut, masukkan gula,masak sampai larut.
3.offkan api,masukkan santan. kacau sampai sebati,tapis masuk acuan.sejukkan

lapisan dua
120g gula melaka - chopped coarsely ( saya pakai gula merah)
600ml air
6g serbuk agar-agar( 1/2 bungkus agaragar strip)

cara - cara
1. masak air,agar-agar, daun pandan sampai larut.
2. masukkan gula melaka, kacau sampai larut
3. tapis masuk dalam acuan (pastikan lapisan pertama  dah keras sikit). sejukkan
4. bila nak hidang, terbalikkan. lapisan gula merah dibawah
siap.sedapppp!

Monday, August 19, 2013

happy birthday adik n umi

4/8 dan 5/8 adalah besday aku dan anak kedua ku, anisah.tahun ni dapat baskin robin ice cream cake.yay!adik aka anisah dapat basikal. semoga adik berjaya dunia akhirat ya!

adik buat persembahan






Raya 2013

alhamdulillah, alhamdulillah, segala puji bagi allah atas segala rahmat dan inayahnya.dapat berpuasa penuh lagi tahun ni(saya tak mengandung ye,jangan buat spekulasi) dan masih berpeluang beraya bersama ibu,ibu mertua, suami dan anak-anak serta kaum keluarga.
disini nakongsi video persembahan adik/Anisah semasa majlis khatam alquran tempoh hari dan gambar-gambar raya yang sempat dirakam

http://www.youtube.com/watch?v=AWO1HkdBFXo

mawwar iqlimah

charlie n angels

umi,tok pah n angels

raya ke 2 di pendang




my mum n her sister



saat-saat pertama bergelar ibu

saat-saat pertama bergelar ibu
cinta hati pertama